20150807

7 Ogos

Beberapa tahun yang lalu, aku ada tulis manuskrip untuk pembikinan novel lah. Konon konon lah. Aku tulis berkenaan tiga buah negara. Negara A negara penjajah. 2 buah negara lain, negara yang hidup aman damai.

Negara A yang suka menjajah, menawarkan persahabatan kepada negara B. Tetapi, ia menolak. Berlakulah peperangan kematian yang maha zalim yang sentiasa dimenangi penjajah.

Negara C suka A. Lalulah berkawanlah mereka. Tapi, disebabkan A jiwa penjajah. C juga sama mati.

Bezanya, B cepat mati. C lambat mati.

Jadi, satu hari B tanya C. Kenapa kau lambat mati, bukan ke kau juga dijajah?

Kau mati sebab senjata. Aku mati sebab percaya...
-introvert-



p.s: Bila tuhan kata jangan...Kita kena dengar

No comments:

Post a Comment