20140926

26 sept

Jom puasa!

Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar.”


HR Tirmidzi

1. Puasa pada 1-9 Zulhijjah

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”

HR An-Nasa’i

2. Puasa pada hari Arafah

“Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
HR Muslim

Boleh juga berpuasa pada hari Isnin dan Khamis juga pada hari putih (13, 14 dan 15 setiap bulan) selagi ia tidak jatuh pada hari haram berpuasa (ie hari tasyrik)

Jom puasa!
Fastabiqul Khairat!
cNp