20160422

self reminder II

"Barangsiapa
yang memperbaiki hatinya, maka Allah akan memperbaiki keadaan luarannya.

Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.

Barangsiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkan baginya urusan dunianya."

- Imam Sufyan bin Uyaynah -

20160420

^_^

Suatu saat Rasulullah sedang duduk di rumah beliau ketika itu Rasulullah bersama Isteri baginda iaitu saidatina aishah yang diberikan gelaran Humaira dan ketika itu Rasulullah mengangkat kedua tangan dan berdoa . " Ya Allah ampunila dosa aishah dosa yang zahir dosa yang batin , dosa yang lalu dosa yang akan datang dosa yang disengaja atau dosa yang tidak sengaja "

Maka saidatina aishah yang mendengar doa Rasulullah yang tadi itu berasa begitu senang tersenyum² berpusing² dirumah nya. Lalu Rasulullah kebingungan kenapa dengan aishah ini begitu senang .


Lalu Rasulullah bertanya kepada saidatina aishah ' wahai Aishah wahai humaira apa yang terjadi kepada kenapa engkau kelihatan begitu senang yang luar biasa ". lalu saidatina aishah menjawab

" Ya Rasulullah bagaimana aku tidak senang engkau mendoakan ku dan doamu pasti dimakbulkan oleh Allah . doamu sangat hebat "

Lalu Rasulullah tersenyum dan berkata " Wahai aishah apakah engkau tahu bahawa sesungguhnya aku mendoakan umatku sama seprti yang aku mendoakan kepadamu . setiapa malam aku tidak berhenti² mendoakan umatku dengan doa sama seperti doa yang aku doakan untukmu

Semoga kita tahu balas budi Rasulullah SAW yang Setiap malam mendoakan kita seharusรฑya kita yang lebih senang kita yang lebih gembira .

- Habib Ali Zainal Abidin Alwy Al-kaff -

‪#‎SolluAlanNabi‬

๐ŸŒน ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง
ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

‪#‎CintaRasulInternationalCommunity‬
‪#‎TausiyahHabib‬

20160413

self reminder

"Jika seorang buta berkata padamu bahawa matahari itu gelap," ujarnya,
 "Apa yang akan kau katakan padanya?"

Saya tersenyum. Saya menunduk sejenak, memejamkan mata, menghela nafas dan merasakan tiap butir udara mencurahkan kenyamanan dalam dada. Lalu saya angkat dagu, menjawab sambil tersenyum lagi.

Akan kukatakan padanya:
"Ya. Engkau benar, Saudaraku. Tapi bukankah ia hangat? Dan kita sama-sama merasakannya."

-Dalam Dekapan Ukhuwah -
Salim A. Fillah

20160407

sahabat

Kata Ustaz, ๐Ÿƒ
Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan.
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya.Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.


Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu,
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu.

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu,
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu.

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu,
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu.

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya.

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu.Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.




Kalau benar-benar bersahabat, kerana Allah, kau takkan berkira.
Takkan berkira untuk memaafkan.

‪#‎CahayaIlahi‬ tentang sahabat.
Bersahabat kerana Allah

20160406

headshot

Orang yang tidur, boleh dikejutkan.
Orang yang lalai, boleh diingatkan.

Akan tetapi, kalau orang yang hatinya mati,
Dia itu ibarat mayat.
Hanya hidayah Allah sahaja yang boleh menghidupkan ia kembali.


Merasa soleh itu adalah,
akhlak yang paling buruk
Kerana ada sifat riyak di dalam hatinya.

- Syeikh Rohimuddin Al-Bantani -

20160403

Extremely

Kawan aku yang dekat nampak aku.
Extremely rajin.
Invisibly malas.
Kawan aku yang jauh nampak aku.
Extremely malas.
Invisibly rajin.
Beza. Beza terletak kepada status seorang kawan.
Apa yang aku pandang aku.
Extremely keliru.....




















introvert