20151005

5 oct

"ayah gauze gamgee cotton dah habis..esok ayah tolong amik kat kaunter HKL ea.."

"ateh buat susu + makanan sunnah ye.."

"acik jom tlg ude mandikan..sat g ude nak g kerje dah.."

"luqman tlg solatkan ea..ude dah siap siap amik wuduk dah..tinggal solat je..."

macam x percaya je semua ni dah tinggal kenangan...
dan rase macam mimpi pon ade jugak sebenarnye ibu dah xde..
bila ketika kehilangan ibu itu rasa seperti separuh nyawa sudah hilang...
ibu pergi dalam usia aku 23..dalam usia itu kita dah boleh rasa kehilangan sangat-sangat..
lagi lagi aku yg ade sebelah arwah dekat hospital sepanjang waktu tu...

untuk rasa sedih atas kehilangan, tu lumrah kan?
untuk rasa keliru dengan apa yang dah jadi, tu lumrah kan?
untuk rasa yang segala benda macam tak make sense sangat, tu kira lumrah, kan?
rasa kehilangan tu bukannya boleh hilang dalam masa sehari dua.
setahun dua pun belum pasti.
tempoh untuk rasa tu hilang dalam jangka masa seumur hayat pun tak boleh dijanji.

sesungguhnye ude rindu ibu sangat sangat..
rindu nak borak cakap kelas cancel..rindu nak cakap lect harini kejam..
rindu nak dapat mesej dari ibu dekat hp ude..
rindu mesej ibu taip esok awal muharam, esok puasa sunat arafah,
nak kongsi pendapat about novel kesukaan kite berdua...
paling rindu masakan ibu..sangat!
setahun x rase masakan ibu sebab ibu dah sakit..
dan kali ni selame-lamenye x kan dapat rase dah..
bila perginya seorang ibu,
maka terputus lah satu nikmat paling besar iaitu 
doa seorang ibu yang sentiase doakan ude berjaye di Uni ni...

Aku pernah rasa kehilangan atok nenek pakcik makcik n sahabat sendiri..
tapi bila ibu sendiri yang pergi memang pahit untuk aku telan...
memang menerima kenyataan, tapi terkadang gugur juga air mata itu bila duduk bersendirian. 
Pedih. Payah. Tapi aku sendiri perlu kuat untuk adik-adik,dan ayah. ude janji, ude akan kuat untuk ateh acik n luqman dan kakak-kakak yang lain, walau kadang air liur yang ditelan pun rasa berpasir. 
ude janji, walau sekuat mana pun Allah menduga, tak akan sekali-kali kepala didongak ke langit, dengan pandangan mata berkaca mempersoalkan takdir dan bertanya mengapa. 
InsyaALLAH setiap ingatan ude pada ibu akan diiringi dengan doa.

Moga Allah jaga ibu di sana. Moga Allah ampunkan dosa-dosa masa lalunya. Moga Allah temankan ibu dengan penuh kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Moga Allah sayang ibu dan mudahkan urusan ibu di sana dan moga kubur ibu menjadi taman-taman syurga..

hari ibu + birthday
10/05/2015

Mati itu pasti. Waktu sampai ajal tiada toleransi. Ajal tak kenal usia di bumi. Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti datang tanpa kompromi. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak, atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Tapi untuk akal dan hati menerima bukan semudah kita mengetahui hakikat-hakikat itu...

al-fatihah
FARIDAH BINTI AB RAHMAN
10/5/1959 - 05/9/2015

20151004

4 oct

kadang-kadang kita akan rasa stress.
bukan sebab stress dengan diri sendiri sahaja,
tapi kau rasa stress dengan orang-orang sekeliling kau.
yang dimana masing-masing mahu lalu satu lorong yang kau sendiri pun nak lalu.
bila kau rasa stress dengan hidup yang macam ini, kau kena berhenti sekejap.
Namun, masalahnya, orang lain yang akan sampai dahulu ke penghabisan lorong itu
dan kau akan lewat..

tapi kan,
bila kau berhenti kerana mahu meminta tolong,
kau tetap akan sampai lorong itu walaupun kau lambat.
yang penting,
kau tahu apa lebihnya kau yang lewat berbanding orang lain yang sampai dahulu.
nak tahu apa lebihnya?
kau akan lebih menghargai orang yang menolong kau,
dan siapa yang mahu kau sama-sama menghabiskan perjalanan di dalam lorong sempit itu...


20151001

1 Oct

ingat nih...

"sebenarnya kita dengan orang yang dah meninggal
hanya dipisahkan dengan satu garis je iaitu life di sebelah kiri and death di sebelah kanan"

-hadamkan-