20140531

31 mei

A short conversation

nak ckp je boleh tak nak setuju dgn pendapat Mia about issue boikot mekdi tu, sbb byk kali dah TER makan!!!!! hihii →_→ ←_← erkk n Mekdi msia ni halal ke x x taw dah..
-Pendapat masing2.. Sebab tu buat dialog diaorg mcm tu. There is always two sides of every story. Tapi jujur cakap, sebenanye setuju dgn cooper dan pendapat mia yg last sekali tu.. Hehe..Makanan dia bukan haram. Halal. Cuma hasil jualan dia tu yg kita musykil ke mana. Bila musykil, datang waswas. Bila waswas, baik elakkan...

habis yg kje tu mcm mne pulak..
-pernah baca satu artikel yg persoalkan kenapa mesti kije di fast food restaurants yang diragui mcm tu? Padahal byk lagi outlet2 lain yg ade. Local. Ataupun usaha sediri, buy perniagaan sendiri

tuh la ble ade kesedaran mcm taubat..tp ttbe TERmkn pulak hee..
-Biasa la... Nak berubah bukan senang.. dulu susah juga. Susah nak tinggal especially bubur ayam dia n breakfast hotcake. Haha.. Tapi bila kita niat nak ubah ke arah kebaikan, insya Allah Dia akan tolong la..Slow2 la...

__________________________________________________________________________
somebody-K somebody Famous = Cooper-K Amilia

“Kau suka makan mekdi eh?”

Mamat nih la…apa ke jenis soalan la dia Tanya waktu aku tengah cuba memerah otak yang dah kering terpusing tak betul ni. Ni tiba-tiba terkeluar McD ni mesti sebab dulu la ni…

“ Haah. Kenape ? kau nak belanja? Boleh, no hal.” Dengan sengih selamba mia menjawab.

Cooper senyum nipis. “ kau tak boikot ke?”

Berkerut dahi mia. “Boikot? Nak kena boikot kenape?”

Lelaki itu menjongket bahu sebelah. “Yela sekarang kan orang melayu boikot American made stuff, sebab dia orang punya kerjasama dengan yahudi yang duk menindas orang islam kat palestin tu and so on,so on.”

“dah kau kerja kat Seven-E tu boleh pulak? American jugak tu kan?”

“Aku kerja situ kejap,bukan beli barang dekat situ..lagi pun aku nak practise stay up malam je.tak kan nak kerja kat kedai mamak tu kut.” Dengan senyum nipis Cooper membalas.

“Kau boikot ke?”

Cooper senyum. “Aku hanya cuba nak elak perkara yang diragui je.daripada buat sesuatu yang mungkin tolong orang menindas saudara seislam kita, baik elakkan , betul tak? Terlalu banyak fakta yang boleh jadi bukti. Perkara-perkara syubha ni lebih elok tinggal daripada buat, tak gitu?”

“ Entah la.” Mia senyum juga.meyandar badan ke kerusi, mood relaks. Mula-mula dulu terikut juga memboikot American stuff ni.tapi in case of fast food, lama-lama dah tak boikot dah.” Kalau dah borak-borak dengan mamat nih, memang hilang segala tension-tension, Entah la kenapa.

“Kenapa?” cooper dah snegih nakal. “ cannot resist Prosperity Burger?”

Mia ketawa. “ Bukan la.”

“Dah tu?”

Gadis di depannya itu menjongket bahu. “Sebab aku tengok majority kerja kat fast food restaurant tu orang melayu. Orang islam. Aku fikir-fikir balik kenapa nak susah assume duit yang kita bayar tu pergi kepada yahudi? Dia orang dah cukup kaya dengan duit rampasan perang. Aku fikir duit yang aku bayar untuk fast food tu adalah untuk bayar gaji orang yang kerja kat restoran tu je. Orang kita juga. Bangsa kita, yang seagama dengan mejoritinya. Tak kisah la kalau orang kata makin ramai beli kat McD, makin untung la dia orang, makin banyak la dia orang boleh buka kedai. For me, it’s a good thing. Lagi banyak peluang pekerjaan untuk kita jugak kan?”
Lama cooper diam.

Mia mengangkat kening. “ Kau rasa?”

Lama baru cooper mengangguk. “Betul jugak. Aku tak pernah pulak terfikir macam tu.”

Mia pula yang sengih nakal. “Kau memang, nama lagi nak jadi doctor, memang la kerja fikir complicated je, tak boleh dah nak simplify your thoughts.”

“Hei…”

“Benda ni bergantung pada setiap orang pendapat lah sebenarnye.” Laju mia memotong. “Betul jugak sebenarnye.”

“Apa yang betul jugak?” berkedut dahi lelaki di depannya itu.

“Kita orang melayu ni la”

“Kenape pulak?”

“Kenape kita suka sangat makan burger fast food? Bukannya sedap sangat-sangat pun. Dan bukannya bagus untuk kesihatan pun. Bagi aku burger yang jual tepi tepi jalan tu lagi best. Sos dia banyak, mayones ade cheese ada siap boleh balut telur la, siap ada tambah letak red beans la.which are good for our kidneys, by the way…” sengihnya panjang pada cooper, teringat slideshow fasal kidney beans yang pernah lelaki itu hantar padanya.Cooper ikut sengih. “Orang Melayu jugak yang buat. Aku rasa kan, kalau kita francais gerai jual burger tepi jalan tu, maunya lingkup semua business fast food lain.”

Cooper ketawa. “gila jauh kau fikir.”

“Betul taw. Dulu waktu aku pergi Melbourne, kagum tengok pak-pak Arab kat sana yang selamba bukak kedai kebab, jadi supplier makanan halal untuk orang Islam. Sebab makanan halal susah nak cari. Even mat-mat salih pun ade je pergi makan kat kedai dia orang. Laku je kedainya. Aku siap jumpa kedai mamak lagi kat sana dengan menu tulis bahasa melayu. Selamba je ada dua tiga buah kedai mamak kat tengah-tengah bandar Melbourne. Dan mat-mat salih yang menyesakkan kedai tu cute je cuba cakap bahasa melayu mase baca menu. Okey je survive. Ni kita orang melayu sendiri kat tanah air sendiri gatal kerja kat kedai omputih. Kita je yang tak reti atau tak berani nak ambil risiko kat negara sendiri. Nak jugak bergantung pada idea-idea orang luar.”

Cooper mengangguk. “Negara kita memang overboard sikit terkena arus globalisasi. Sampai susah nak korek keluar jati diri sendiri. It’s easier to go with the flow yang datang instead of starting something totally new or different….

The rest history....

Sedap memang sedap. Tapi..


p.s: Boikot McD macam boikot Cadbury boleh?Cadbury menjejaskan darah kita. McD menjejaskan nyawa saudara kita.kena istiqamah dlm buat something good..kepada yg nk boikot,teruskan boikot.kepada yg still xnak,biarkanlah.tp jgn pertikaikan usaha org lain dengan tanya mcm2 kenapa tak boikot brg2 lain selain mcd? AT LEAST, kita cuba slow2 drpd x mencuba langsung. Antara nak dgn tidak sahaja...reminder utk diri sendiri dan kwn2 lain..

20140517

17mei

"Manusia berdosa, itu aku.
Manusia takut dosa tapi lakukan juga, itu aku.
Manusia taubat, terbuat, taubat lagi, itu juga aku.

Allah, terima kasih tutup aibku,
dan tak pernah putuskan hubungan aku dengan Engkau
walau diriMu tahu tentang aku yang dulu, sekarang, dan masa depan..

"Still doing the same sin yet you know, it is a Sin. And because of the Sin, it could possibly hit you into the depth of hell. Are you that eager to enter HellFire?" Tears. Allah!

p.s: -Dear Sins, Let’s break up-

p.s: Ramadan will begin on 29th June, inshaAllah. Who's excited?
berlari marathon dari jahiliyah semoga Ramadan kusyuk kembali
Moga sempat bertemu dengan tarikh ini...