20120805

al-fatihah


Tengah2 berbuka mase ari rabu arituh..ttbe ibu bukak cerite pagi tadi ade kemalangan berlaku kat setiawangsa..berdekatan gak ngan umah aq nie…ibu kate kawan kat tempat kerje die kementerian pertahanan jalan semarak tp die bahagian gaji…arwah dalam perjalanan nak g kerje…lepas hantar anak die kat umah pengasuh..bas ngan bas..arwah kat tengah-tengah..terok kepale arwah pecah…waktu tuh aq wat down je lah kan sebab nasi n lauk dah ade depan mate…tp dlm hati innalillah..walaupon mmg terkejut sgt dengar sebab tragis betol….

Tengah gosok gigi aq dengar berita kat tv…eh asal volume die kuat sangat nie..dengan mulut masih ade ubat gigi aq teros tengok berite tuh …tengok-tengok..hati teros sayu…dengar lagi dan lagi zuppp teros ade air mate mengalir…sedey gilew yo….isyyy nape nak nagis lak nie…tp memang lah sampai sekarang aq rase sedih sangat kalo aq tengok berite nie kat surat kabar o on9..g terawih pon warge-warga kat kem nie kecoh cerite pade pagi tuh…sume x percaye n terkejut…x tahu lah nak cakap cam ner…korang bace je lah berite o9 nie… takziah kepada seluruh keluarga Arwah.. semoga  roh arwah dan isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. Amin.



KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.

Kemalangan yang berlaku di Jalan 15/56, menghala ke Taman Setiawangsa itu mengakibatkan sepasang suami isteri, Koperal Hafeeze Mohd. Hanafi, 30, dan Siti Noor Edayu Roslan, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kedua-dua mereka yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda dilanggar sebuah bas sekolah yang sarat dengan 50 murid setelah kenderaan itu dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni laluan berbukit.
Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, pasangan suami isteri terbabit dilanggar sehingga tersepit di belakang sebuah lagi bas sekolah yang ketika itu berhenti untuk keluar dari persimpangan lampu isyarat ke Taman Setiawangsa.

Apa yang menyedihkan, Noor Edayu yang merupakan pembantu tadbir di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang hamil tujuh bulan dan ketika kejadian, pasangan itu dipercayai baru menghantar anak lelaki tunggal mereka, Mohammad Harif, 2.

Hafeeze yang bertugas di Kementerian Pertahanan Jalan Semarak dikatakan tersepit sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.selaku anggota polis trafik ,menguruskan mayat mangsa kemalangan sudah menajdi sebahagian tugasnya..namun tidak pernah terlintas di fikiran satu hari nanti akan mengendali kan kemalangan maut membabitkan anak dan menantunya sendiri..

Itulah kesedihan terpaksa ditanggung Pembantu Pegawai Penyiasat Traik Kuala Lumpur,Sarjan Roslan Jalil sejurus diberitahu anak kedua dan menantunya terbunuh selepas tersepit antara  bas dan bas. katanya “kebiasaannya arwah memandu ke tempat kerja selepas menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh, namun berlainan dengan hari ini,dia membonceng motosikal bersama suaminya” katanya sebak.

“Saya tak sangka arwah pergi meninggalkan kami  kerana ketika berbuka puasa bersama-sama Ahad lalu,tiada tanda pelik yang ditunjukkan melainkan arwah ada memberi wang pembelanjaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi”

Dalam pada itu, rakan setugas Hafeeze, Normalizzah Seet Abdullah pula teringat tentang gurauan arwah yang berkata dia tidak sempat berhari raya pada tahun ini."Arwah merupakan seorang yang peramah dan disenangi semua rakan," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.




Sementara itu, menurut seorang saksi, Aizat Azwan Azman, 25, sebanyak tujuh kenderaan termasuk dua motosikal terlibat dalam kemalangan itu, gara-gara sebuah bas sekolah yang mempunyai masalah brek ketika menuruni laluan berbukit.

Menurutnya, ketika kejadian dia memandu Perodua Kancil berada di laluan bertentangan bersama sebuah lagi motosikal, manakala enam lagi kenderaan termasuk motosikal yang dinaiki Hafeeze dan Noor Edayu berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Pasangan malang itu difahamkan berhenti di belakang sebuah bas sekolah dan tiba-tiba, sebuah lagi bas sekolah yang sarat dengan pelajar merempuh mereka setelah melanggar Kancil dipandunya dan motosikal di laluan bertentangan.

"Saya lihat bas itu turun dengan laju seperti hilang kawalan dan ia melanggar kereta saya dan sebuah lagi motosikal sebelum masuk ke kawasan lampu isyarat seterusnya menghentam belakang bas yang sedang berhenti.

"Di belakang bas yang berhenti itu, pasangan yang menaiki motosikal terbabit tersepit di antara kedua-dua bas. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Menurut Aizat Azwan, Noor Edayu masih bernyawa sejurus selepas kemalangan itu malah dia dikatakan sempat menjerit dengan kuat apabila melihat suaminya tersepit dan tidak bergerak di bawah tayar hadapan bas. Noor Edayu bagaimanapun meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Seorang wanita yang membonceng sebuah motosikal juga difahamkan cedera parah akibat patah paha dan kini masih dirawat di hospital yang sama.

Kejadian malang itu mungkin bertambah buruk jika melibatkan lebih 80 pelajar sekolah yang berada dalam kedua-dua bas berkenaan. Kesemua pelajar selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan akibat terhantuk.

Sementara itu, jenazah Hafeeze akan dikebumikan di kampung halamannya di Tumpat, Kelantan manakala Noor Edayu pula dikebumikan di Kampung Paya Rumput, Melaka