20151227

Kisah Masyitah dan Bayinya

Fir’aun, raja zalim yang memerintah Mesir ribuan tahun lalu, mengaku dirinya Tuhan. Dia meminta setiap rakyatnya mengakui dan menyembahnya. Mereka yang ingkar dibunuh.

Seorang sahabat baiknya yang juga penjaga perbendaharaan negara, Hazaqil, tidak setuju Fir’aun mengakui dirinya Tuhan.

Pada suatu hari, ketika Fir’aun menjatuhkan hukuman mati ke atas 40 orang ahli sihir yang telah beriman kepada Allah, Hazaqil sangat tidak setuju.

Hazaqil menghadap Fir’aun dan membantah hukuman itu.

“Tuanku, patik tidak setuju dengan hukuman mati ke atas 40 ahli sihir itu. Walaupun mereka beriman kepada Allah, mereka sudah berjasa kepada negara kita ini,” Hazaqil mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan oleh Fir’aun.

“Mereka dihukum mati kerana tidak mengakui beta sebagai Tuhan mereka!” tegas Fir’aun dengan nada marah, sambil menambah:

“Kalau kamu mempertahankan nasib ahli-ahli sihir itu, itu bermakna kamu juga seorang daripada mereka yang beriman kepada Allah.”

Fir’aun mula berfikir mengapa Hazaqil mempertahankan nasib 40 ahli sihir yang dihukum mati itu.

“Oleh kerana kamu salah seorang daripada mereka, beta jatuhkan hukuman mati ke atas kamu,” kata Fir’aun tanpa teragak-agak menjatuhkan hukuman mati ke atas sahabat yang juga pegawai kerajaannya itu.

Hazaqil dibawa keluar dari istana. Dia diikat pada sebatang pohon kurma. Dia kemudian dipanah pengawal Fir’aun sehingga mati.

Isteri Hazaqil, iaitu Siti Masyitah, yang bertugas sebagai pendandan puteri Fir’aun, berasa sangat sedih dan kecewa atas pembunuhan suaminya itu.

Dia semakin benci melihat wajah Fir’aun dan keimanannya kepada Allah semakin teguh.

Pada suatu pagi, ketika Siti Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, dia teringatkan suaminya. Tumpuan kepada tugasnya hilang. Tiba-tiba sikat yang digunakan menyikat rambut puteri Fir’aun jatuh ke lantai.

“Allahu Akbar,” kata Siti Masyitah lalu mengambil sikat itu.

“Masitah, kamu akan dihukum kerana berkata begitu. Apakah ada Tuhan lain selain ayahandaku?” tanya puteri Fir’aun.

“Ya. Memang ada Tuhan yang patut disembah, bukan ayahanda tuan puteri,” kata Masyitah dengan tegas dan berani.

Puteri sangat marah, lalu mengadu hal itu kepada bapanya. Darah Fir’aun menyirap mendengar kata-kata anaknya. Dia lalu meminta Masyitah menghadapnya.

“Siapakah Tuhan kamu?” Tanya Fir’an dengan marah.

“Allah, itulah Tuhan saya,” jawab Masyitah dengan tegas.

“Biadab! Kamu akan dihukum sebab menghina beta,” tegas Fir’aun lalu memerintahkan pengawal memasak minyak dalam kuali yang sangat besar untuk dihumbankan Masyitah ke dalamnya.

“Dengar rakyat semua, inilah hukuman kepada orang yang tidak mengaku beta sebagai Tuhan.”

Fir’aun terus memandang Siti Masyitah. Dia berkata: “Beta beri satu peluang terakhir kepada kamu, adakah kamu mengaku beta sebagai Tuhan kamu?”

Siti Masyitah tidak peduli. Baginya, biarpun dia dihukum, keimanannya kepada Allah tidak akan berubah.

Tiba-tiba, anaknya yang masih bayi, dengan izin Allah, berkata:

“Wahai ibu, janganlah terpedaya dengan kata-kata syaitan yang dilaknat Allah. Kematian kita akan mendapat rahmat daripada Allah dan pintu syurga sentiasa terbuka menanti kedatangan kita.”

Siti Masyitah terkejut mendengarkan bayinya boleh berkata-kata. Dia bersyukur kepada Allah lantas dengan hati tabah, menuju ke kuali besar berisi minyak panas itu.

“Allahu Akbar!” teriak Siti Masyitah lalu terjun bersama dua orang anaknya ke dalam kuali itu.

Orang ramai yang hadir dan melihat kejadian itu berasa terkejut dan sedih melihat Siti Masyitah dan dua anaknya menjadi korban Fir’aun demi mempertahankan agama Allah.

Tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat harum keluar daripada kuali besar berisi minyak mendidih yang telah ‘memasak’ Masyitah dan anak-anaknya itu...




*sharing*

20151219

19 Dec




ingat ni selalu: 
"wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin" 
Kita rancang, Allah juga merancang 
tapi perancangan Allah yg paling baik


Untuk manusia, 
Tuhan tidak pernah memberi Kisah yang sia sia.
semua yg kita ada kat dunia ni cuma pinjaman dari Allah. 
tiba masa kita kena pulangkan..

Jadi..
Diberi musibah jangan terlalu bersedih , 
Diberi nikmat jangan terlalu gembira
Pesan buat diri
Supaya berhati hati
Jangan leka ye sahabat....






*tq insyaALLAH  :')

20151216

16 Dec

jangan kecam
cuma rindu...cume nak taip je...

semalam genap 100 hari pemergian arwah ibu ke rahmatullah.. Ada yang kata rasa sekejap , baru 100 hari je pun.. tapi bagi aku sebenarnya bagai bertahun -tahun aku tak menatap wajah & memeluk ibu... Rindu nya , hanya Allah yang tahu...

Setiap kali aku rase design sangat susah.. aku akan belek folder family dan tengok gambar ibu dan setiap kali itulah aku akan menangis seperti anak kecil.. Aku tahu memang tak elok meratap & menangis mengenang orang yang dah takde, tapi bagi aku hanya itu je cara untuk aku lepaskan rasa rindu pada ibu.. cuma itu.. kemudian aku akan pasang ayat ayat quran dan sedekah alfatihah bebanyak untuk ibu supaye aku boleh tenang balik...Dan lepas menangis aku akan rasa lega , perasaanya seperti baru je lepas bersembang dengan ibu.. Jauh di sudut hati , aku tahu ibu dapat mendengar doa aku untuknya..

Jujurnya aku tak dapat gambarkan perasaan aku setiap kali balik ampang tanpa ibu di rumah.. Rasa sayu , kosong , sunyi walaupun ketika kami adik beradik berkumpul bersama , suasana itu tetap tak sama ketika ibu ada.. pedih okey perasaan tu... dulu sebelom ibu dibedah kali ke 2 mase ibu boleh bercakap sikit-sikit..ibu panggil semua orang adda.. panggil ayah adda.. panggil along adda..panggil angah adda.. semua adda..perasaan aku mase tu tak tahu nak cakap macam mane...aku rase macam sedih je kenapa ibu panggil n ingat nama adda je...aku jadi takot dan risau dan aku akan terus pergi ke  ibu peluk ibu dan cium pipi dia berkali kali...sekarang panggilan tu macam terngiang-ngiang kat telinga ni..

hujung tahun ni nak pindah dah..5tahun duduk desa pasifik ampang..dulu masuk kesana bersembilan.. sekarang keluar berlapan..macam macam kenangan dekat ampang tu.. ibu x sempat nak rasa duduk rumah baru...rumah yang kite orang adik beradik design.. rumah yang ibu dah siap deco kan dalaman dia..rumah yang ibu idam idam kan duduk dengan ayah bersama cucu-cucu ibu bile ayah n ibu bersara..

sebenarnye sem ni rase macam susah sangat..rase macam design kali ni susah sangat..
susah nak proceed..idea stuck..model tergendala..material payah carik..malas besar sangat.. aku rase mutabaah amal adalah yang kurang tu sampai rase hidup mendatar je takde upside down..futur..macam air teh susu yang tak begitu pekat tu nampaknya. Lesu juga iman..hmm dan sedar yang dah hilang satu nikmat paling berharga yang tiada ganti iaitu doa seorang ibu..

Pada korang yang masih mempunyai ibu & ayah , hargailah setiap detik yang ada untuk meluangkan masa bersama mereka.. Percayalah korang tak dapat bayangkan rasa rindu yang aku tanggung sekarang, hanya untuk menatap wajah seorang wanita bergelar IBU...









*maafkan saya sebab selalu bicara pasal ibu dan rindu..maaf n doakan saye ye*

20151203

3 Dec

redha itu perlu, rindu itu pasti...
ada suatu ketika aku terlalu rindu dekat orang yang tak mungkin aku jumpa lagi dekat dunia ni..
setahun dari tarikh ni dapat berita yang maha sedih untuk kami sekeluarga...
ibu collapse n masuk dewan bedah serta merta...


apabila lelaki dewasa menangis...
pernah nampak ayah nagis sebab rindu arwah ibu..
dan ayah selalu sorok bila dia sedih..
dan aku akan struggle tok nampak kuat bile ngan ayah..
tp tulah mulut n jari jek cakap kuat tapi sebenarnya hati tak kuat mana pon..
Al-fatihah buat arwah ibu..
ude rindu ibu..
Sangat!








p.s:
missing you is the hardest thing i've got to deal with everyday
Sedarilah, ibu dan ayah itu pinjaman Allah yang paling sempurna..
Hargailah