20130627

AWAN

Kisan awan yang sedih…

awan….
Manusia selalu mendongak ke langit mencari matahari bulan dan bintang….tetapi terlupa akan adanya awan….

awan….
Manusia sering mengagumi keindahan cahaya matahari…sedangkan kalau tidak kerana wujudnya awan
cahaya matahari itu tidak akan memancarkan cahayanya…kalau tidak kerana bantuan awan yang berwarna putih…ia seolah-olah kanvas putih membiaskan berbagai-bagai warna dipermukaan langit…

awan….
Manusia selalu merindui bulan tetapi kadang kadang merasa terganggu dengan kehadiran awan yang menutupi wajah bulan..

awan….
Kadang-kadang panas mentari begitu terik mengigit kulit…kalau tidak kerana awan yang melindungi,sudah lama manusia terbakar rentung

awan….
Manusia sering mananti hujan tetapi manusia terlupa hujan itu terjadi daripada awan…

awan…
Apabila sinar matahari semakin pedih menikam kulit manusia, manusia semakin dahaga , tumbuhan gersang kekeringan, haiwan merintih kehausan, padang yang menghijau bertukar perang, angin sudah tidak mendinginkan lagi malah turut menambahkan keringnya kulit dengan tiupan panas meresahkan…Barulah kepala didongakkan ke langit…awan tetap setia datang menurunkan hujan dengan penuh kasih sayang walaupun tidak pernah dirindui..mereka meraikan dan menari keriangan dalam hujan tanpa sepatah terima kasih kepada awan…

Awan hadir dan pergi tanpa dipandang..ia melindungi dan menyanyangi tanpa disedari…


p/s: motif: Kata kata dari MYPi yg deeper sweet sweet…kesian awan kan..mmg selalu org memuja cantiknya sinar matahari yg terbit dan terbenam….bulan yang bersinar terang dalam pekat malam…bintang yang berkelipan cantik di angkasa..bau hujan yang basah turun ke bumi….awan tidak dipandang…tidak diendahkan…tidak diceritakan kepentingan nya…lagi lagi time jerebu nih awan sudah hilang warna asalnya….dari putih ke kelabu…dari bersih ke kotor…dari selembut kapas menjadi tercemar…..

dear awan I love u mucho….jgn bersedih….bersih,hadir dan melindungi ler kami sentiasa…anda ciptaan TUHAN yang terbaik… ^_^ (semoga jerebu ini semakin berkurangan menjelang Ramadan nanti…setiap musibah itu ade hikmahnye….)



20130608

mahabbah-fillah ♥ mawaddah-fillah

Kawan di alam maya….aq rase kawan aq di alam maya mmg mostly aq x penah jumpe pong.. Dari email,friendster,myspace,ym,tagged,facebook,blog,tweet n whatever lerr aq mmg x jumpe pon…x de rezeki kot…ahah ke aq yg x nak jumpe…wee adakah ini lawak….aq pon x faham sebenarnye…macam mane aq boleh rapat mcm adik beradik macam sahabat….(Kadang-kadang, kita lebih senang bercerita dengan someone yang kita tak nampak physically die depan mata kita. dan kadang-kadang jugak, kita akan lebih menjadi diri sendiri dan dalam keadaan macam ni) <---kata irine dan aq setuju 5786%...!!

bak kate Hlovate pulak "There're sometimes when strangers are like family, and family are like strangers" betol ler tuh…yang x penah jumpe rase lagik rapat dari family sendiri….x jumpe kenal gitu gitu je dan aq selasa…so aq rase roh aq sesuai dengan orang itu untuk berkawan….itu fikiran aq lerr…ok so kalo x jumpe x sedih ke???ahah x taw ler…kad dang kad dang aq rase better x yah jumpe kot.. ntah ler setiap pertemuan pasti ade perpisahan kan….n aq x suke saat berpisah nih…aha ok senget...pweeeuu

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10).. aq sayang kawan aq…kalo orang tanye kenape aq sayang diorang kenape aq suke tanye kabar..kenape aq layan sembang sembang dieorang kenape bagi percal o whatever jangan tanye kenape….sebab aq mmg suke buat acam tuh…

Sape nak nafi kawan adalah individu yang cukup penting dalam hidup n diorang merupakan orang-orang yang terdekat dalam hidup ini selepas keluarga sendiri. Kadang-kadang corak hidup serta perangai kita banyak bergantung dalam pemilihan kawan-kawan kan...<-----pendapat pendapat!!!ngeee

Manusia walau hatinya sama (sama dari segi kuantiti kot) tetapi tetap mempunyai paeill @ perangai yang berbeza, usahla mencari kawan yang sangat sempurna, sebab belum tentu diri kita sempurna dimata mereka, GIVE n TAKE k, if ia menyenangkan sudah pasti kawan kita akan cuba usahakan sesuatu yang menyenangkan kita. arghh terima kasih kepada rakan taulan yang sudi menjadi kawan-kawanku.

Sebaik-baik TEMAN adalah yang mampu memimpin temannya ke arah kebaikan..
"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat
"Mencintaimu kerana Allah,"
Sedang cube….^_^



Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. 
uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini.
Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
kawan adalah ibarat butir-butir pasir di tepi pantai,
kawan sejati adalah ibarat mutiara di antara butiran pasir itu....


from the bottom of my heart