20140225

25th feb

Kawan aku kata. Kalau nak tau hati kita dekat siapa cuba ah ingat balik

Bila gembira kita rasa nak cerita dekat siapa?
Bila sedih kita harapkan siapa yg ade dengan kita?
Bila dengar cerita lawak kita nak cerite balik dekat siapa?
Senang kata.Setiap apa yang berlaku.Kita akan teringat dekat siapa?

So.Aku terfikir. Kalau teringat someone tu je.
Maknanya hati kita takdek dekat Allah lah. 
Maknanya kita belum cukup mencintai Allah.

Sebab kalau hati kita dekat Allah. 
Semestinya bila gembira kita ingat Allah. 
Bila sedih kita perlukan Allah dengan kita.

p/s : K. Headshot dari pelbagai arah 
x_x (ms)

20140223

23th feb

diam bukan bererti tak peduli
tak tegur tak bererti sombong
Tak contact pon bukan bermakna melupakan
Aku diam bukan makna aku lupa
Biar doa yang menjadi penghubung antara kita
Adakalanya "Diam" itu lebih indah
Cukup aku & Allah tahu

Kadang-kadang, orang tu bukan sombong 
cuma mcm takde idea nak borak ape
So dari jadi annoying, baik diam je
tp mcm annoying jugak.. Kan...heee

to all of my friends
kalau aku tiba-tiba sombong tahap mahkota dewa,
mohon hentak aku berjemaah.
i really meant it

n Maaf jika aku lupa cara mengucap kata, dan banyak diam

p.s: Kerana hidup ini bukan paksaan, maka... 
orang datang saya sambut. Orang pergi saya tak halang... 

p.s: sahabat fillah, moga persahabatan yang terjalin di dunia ini dikekalkan hingga ke Akhirat ye. 
Uhibbuki fillah..!! ^_^

20140218

18th feb

Apabila ada sahabat2 yang post ilmu akhirat,janganlah kamu berkata ..

"Oh.. dia sendiri pun tak amalkan , ada hati nak tegur orang" atau..
"Oh.. dia dulu pun mcm tu , nak tunjuk baik plak sekarang.." atau..
"Oh.. dia pun tak tutup aurat,tak solat,ada hati nak ubah kan orang."

Janganlah kita tengok siapa yang menghantar..tengoklah apa yang dia hantar..dia tak amalkan, 
kita amalkan.. dia tak nak jadi baik,kita jadilah baik.., dia tak nak berubah,kita lah berubah.

Jangan sibuk menilai dosa orang lain.. 
dosa kita sendiri pun tidak tertanggung. 
Istiqomah dan muhasabah lah diri kita bersama2..

 #cp

20140217

17th feb

Official vid..

Wahai sahabat semua Kita adalah hambaNya
Jadi mari kita Berzikir kepadaNya

La ilaha illallah La ilaha illallah
La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah

Bangun pagi amal zikir ini
Mudah-mudahan bertambah rezeki
Subhanallahi wa bihamdihi
Subhanallahil 'adzim

5 kali satu hari
Jangan tinggal walaupun sekali
Solat & Al-Quran pelindung diri
Allah sayang kita tenang hati

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 
Dengan mengingati Allah hati kita kan tenang
Mari kita semua basahi lidah
Dengan berzikir kepada Allah Yang Maha Esa

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
La ilaha illallah

p.s: lagu penenang..the lyrics so catchy n Inspire to zikir...KAN.. Jom ah ZIKIR!! ^_^

20140214

14th feb

muslimah itu
terkadang gelak tak henti-henti
terkadang juga minum berdiri
terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursi
terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri
terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari

muslimah itu
terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi
terkadang air mata menitis laju tak terperi
terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi
terkadang rasa marah menguasai diri
sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy

muslimah itu
adalah manusia biasa
yang tak lari dari segalaa perasaan sebagai manusia
yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
yang tak lari dari perasaan lemah tak bermaya
yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
kerana apa?
kerana dia juga manusia biasa

This is for those who always said..
"Pakai tudung tapi    .......  "
wehh..Berhentilah menilai..
kbai^_^

20140203

3th feb

p.s: 10 sharing dr ustz yg deep gle.. (berpesan-pesan) ^_^

*Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, 
tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

*Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? 
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. 
Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

*Persahabatan ibarat sebuah buku. 
Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, 
tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

*Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. 
Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. 
Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

*Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. 
Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut 
kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

*Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir 
inilah pengakhirannya,ia hanyalah liku, bukannya penamat! 

*Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, 
anda percaya memiliki kemampuan. 
Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, 
DIA percaya akan kemampuanmu.

*Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana 
"Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? 
" Dia menjawab, "Ya, kehilangan visi anda! "

*Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; 
kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

*Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

20140201

1th feb

if you respect me then I'll respect you back
but if you give me @#$%^& and 
I'll give you a million @#$%^ in return
No hard feeling (hmm tp acah je)

Nak tegur orang pun ada caranya. KAN
Jangan main terjah sesuka hati kita je. KAN 
Kita kena jaga jugak aib dia. KAN 
Tegur bilhikmah

Terlalu banyak untuk diperkatakan. 
Untuk diceritakan. 
Untuk diluahkan. 
Dan semua itu, 
terlalu banyak untuk disatukan menjadi perkataan

Kekadang terpikir jugak, patut x aq buat bio. 
" sila hentam saya. "
- Heh x_x -

Untuk hati merasa tenang.... Tenangkan hatiku ya Allah 





















p.s: Mempertebal kesabaran dan mempertipis rasa amarah
'Allahumma Inzil Alaiya Sobran' 
 -Anon.