20150815

15 Ogos

setiap orang mengharap
kadangkala kita sedap sedap berdoa kencang supaya dimakbulkan
tapi Allah tak beri izin
semuanya berbalik kepada hikmah disebalik situasi
rujuk al baqarah : 216

dan ada ustaz pesan
kita kalau berdoa 
jangan fikir yang kalau kita nak sangat straight A 
dalam spm ataupun 4 flat itu kita boleh bahagia,
kadang kadang, doa macam itu bila dimakbulkan, 
kita rasa lagi susah dan tak tenang. 
teringat member aku yang sambung medik, 
dia kata 

'kan bagus kalau aku tak dapat 4 flat time asasi, 
boleh aku sambung akaunting. medik terlalu susah untuk aku.'

kita kena doa
jika dapat straight A atau 4 flat ini, 
dapat berikan aku yang terbaik di masa hadapan, 
maka kabulkanlah ya Allah. 
dan jika tidak, aku menerima dengan hati yang baik.
rujuk al baqarah : 216. baca sampai lebam.

lepas itu, ada juga orang kata. 
kita kalau berdoa kena jelas dan yakin dengan apa yang kita minta. 
barulah nampak effort dan kesungguhan kita.

benar. betul juga.

kalau kita mampu berdoa dengan hajat hajat yang tinggi 
dan kita tidak akan mengalami depresi yang dasyat sebab tidak dikabulkan.

maka, boleh sahaja.

apapun, kerna tuhan bekerja dalam rahsia...

p.s; Satu benda je kita kena ingat dan pegang.
Rezeki masing² bukan pada pointer.
Kau rajin in shaa Allah berjaya.
Result akhirat tu patut dirisaukan juga. jangan putus asa, 
kemuncak result ialah kat sana, bukan sini. Terus usaha
lets hit harder next semester








*Takmau ckp banyak, just wanna say alhamdulillah ya Allah

No comments:

Post a Comment