20141127

27 nov

biar manusia menjauh 
asal Allah mendekat.
jujur. 
bila terasa diri tersisih dengan kawan kawan, 

just cakap dalam hati 
”Allah ada. Aku lebih perlukan Allah dari manusia”
insyaAllah, kita akan rasa 
”em lantak kau lah nak kawan ke tak dengan aku” :)

serious ni :)

 never assume. ask.

20141109

9th nov

Pernah satu ketika diri mengunci jam untuk bangun awal dan tidur awal,
namun ALLAH tidak ‘kejut’kan diri awal.


Pernah satu ketika diri tidak mengunci jam langsung untuk bangun qiam,
dan diripun tidur agak lewat malam itu, 
namun ALLAH ‘bangun’kan diri untuk bermunajat walau dua rakaat.


Benarlah, kita diberatkan dengan dosa hingga tidak berupaya berbuat taat.
Jika badan tidak berat dengan dosa,maka ia akan ringan 
walau se nyaman mana keadaan cuaca waktu itu.


Kemampuan untuk bertahajud itu datang dari ALLAH.

Mana mungkin ALLAH akan mempersilakan tetamu yang ‘pakaian’nya sangat ‘kotor’ 
masuk ke rumahNYA sebelum tetamu itu membersihkan diri dahulu?




p.s:terima hakikat, diri masih jahil..
-via panda.tumblr.com-

20141104

4th nov

Ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam tadabur al Quran
Ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam qasidah
Ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam istighfar
Ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam membaca kisah orang soleh
Ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam iktikaf di masjid
Dan..
Dan ada orang mencari ketenangan dan kebersihan hati dalam berdamping dengan ulama dan orang soleh

Cara berbeza namun matlamatnya sama.

Kenapa Allah bersumpah sebanyak 11makhluq dalam permulaan surah as-Shams?

Kerana ingin memberitahu ayat seterusnya (9-10) adalah pentingnya membersihkan hati !!

Hati adalah raja.

”Allahumma thohir qulubana”

Ada masanya ujian hidup menyebabkan kita rasa tidak berdaya, 
namun jangan berputus asa…
Itu sebenarnya isyarat untuk berehat.

Bisikkan pada hati, 
“wahai diri kembalilah kepada Allah. PadaNyalah tempat aku menyerah…”

Let go, let God.
Hasbunallah wa nikmal wakil.

[ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ]
-via panda.tumblr.com-