20150729

29 Julai

Berpengetahuan saja tidak cukup, 
harus berilmu. 
Sebab betapa banyak orang tahu bahwa membuang sampah itu di tempat sampah, 
tp tetap saja mereka membuang sampah sembarangan. 
Betapa banyak orang yang tahu merokok banyak hal buruknya tapi tetap merokok. 
Sebab berilmu bukan hanya sekedar tahu, 
tapi memaknai apa yang ia ketahui tersebut.
-lis-

20150728

28 Julai

Kerana ego, Firaun tenggelam bersama tenteranya.
Kerana sombong, kaum ‘Ad musnah sekelip mata.
Kerana riak, Iblis diusir turun ke bumi.
Jangan kerana rasa hati yang sama,kita pula merana dalam neraka.
Terkadang luka yang kau rasa adalah jalan yang kau pilih sendiri.


Khilaf diri bila hati diserahkan bukan pada pemiliknya iaitu Allah. :(

20150714

27 Ramadhan

Hadis yang paling menggembirakan hati.
“Anta ma'a man ahbabta.”
Kamu akan bersama sesiapa yg kamu cintai.


moga yang paling kita cinta di dunia adalah Rasulullah SAW.
insyaAllah. :)


Allahumma ameeenn...






p.s: Berkongsilah walau setitik madu suatu kebaikan,
berkongsilah walau sesudu garam dosa demi pengajaran,
kerana kelak itulah buah bekalan... .
27 ramadhan 1436
14 July 2015
May Allah accept our fasting..

20150713

fastabiqul khairat

A: Kalau kau jadi penulis kau nak x karya kau dia diadaptasi ke drama or telemovie
B: *geleng laju-laju*
A: Asal pulak???
B: Sebab aku x nak tanggung dosa laki bini, ibu bapa yg jadi halal tetibe dalam drama tu..
    dosa aku dah sedia menimbun dah ni.

A: *hmmmm kenape lah x semua pon berpikiran macam kau*


fastabiqul khairat

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.” -Hassan Al Basri-

“Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti (pahala yang diterima) pelakunya.”

-(Riwayat Tirmizi)-

p.s: renung-renungkan dan muhasabah diri..
sye suke bace karya awak tapi sye jd tawar hati bila up dilayar tv.. 


20150710

23 Ramadhan

Ustz kata terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar. Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyal 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?

Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”.

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda,

“Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”. 

Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga. Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh Allah. Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi Allah, untuk dikasihi dan disayangi oleh Allah.

Rugi besar siapa yang tinggal amalan Istigfar ni.....
Bila kita kasihkan mahkluk maka Allah kasihkan kita , dan bila Alah kasihkan kita maka mahkluk seluruh langit dan bumi akan mengasihi kita , di dalam Hadis Qudsi menceritakan...

Bilamana Allah mengasihi seseorang hamba maka Allah akan perintahkan kepada malaikat,

"Wahai jibril AKU menyintai manusia ini maka AKU juga ingin kamu menyintai nya..."

setelah di perintah baru lah malaikat Jibril berkata kepada penduduk langit 

"wahai penduduk langit sesunguhnya Allah menyintai manusia itu , Allah perintah kan kita semua untuk menyintai hamba itu ".

setelah perintah di penduduk langit malaikat akan datangkan khabar itu pada penduduk bumi 
(yakni semua mahkluk Allah ,tumbuhan haiwan dan segalanya)

Begitu juga sebaliknya jika Allah membenci maka apa yang ada tertulis di atas antum-antum sila fikir sendiri dan ambil faham...

Jika Allah sudah menghabarkan kecintaanNYA pada kita di seluruh mahkluk , maka BUMI akan menerapak sembah pada kita , apa saja kita mahu InsyaAllah akan dapat selagi mana kita buat Allah semakin cinta pada kita.....

Jika kamu mencari AHKIRAT maka DUNIA akan kamu perolehi, jika kamu mencari DUNIA, 
maka AHKIRAT kamu belum tentu miliki..


~al Habib Musa Kazim Ja'afar As Saggaf~

20150709

9 Julai

"Laras bahagia semua orang tidak sama. Ukuran kasut masing-masing adalah berbeza. Yang muat dengan saiz kita, itulah untuk kita. Biarpun kita mengharapkan ataupun berkenan pada kasut orang lain. Berkenan tapi saiznya bukan untuk kaki kita. Macam mana? Dah tak padan saiz tapi beli juga. Sampai sudah tidak boleh pakai. Membazir atau kurang cerdik?"


"Yakin dan percaya, bukan di laras yang samakah? Sukar mahu diterjemahkan. Bagaikan suka makan durian tetapi tidak suka tempoyak." (setuju..mmg x sama. Aku gilakan durian tapi pernah pitam dek bau tempoyak!)


p.s: lari topic..dunia jap. saje nak review novel lame ni..tahun 2013..tetibe terbace semalam..jarang sekali nak bukak buku yang dah penah bace utk baca lagi sekali..tapi suke sebab buku bacaan yang santai dan menarik. Menarik 'tang' jalan cerita dan gaya penulisan. Tidak membosankan...harap lepas ni novel FN makin bermutu dan still catcy..^.^ (KMAS)

20150708

21 Ramadhan

"Tenangkanlah hatimu dengan mendengarkan firman Allah yang dibaca dengan merdu dan indah oleh qari yg fasih. Dengan demikian, hatimu akan terasa sejuk dan senang, jiwamu kan tenteram, keyakinanmu akan bertambah" kata2 Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan.

haritu ustaz suruh bukak Sheikh Mishary Rashid Al Afasy..
siapa dia tu..google google qari masjid nabawi..
MasyaALLAH Subhanaallah Allahuakbar..
betul kata ustaz tu .. sedap betul suara Sheikh Mishary Rashid Alafasy baca al-quran..
ni kalau dia imam dekat malaysia mahu semua nagis sampai lebam bijik mata..
sedap sangat dgr alunan suara beliau and his new song Ramadan..



 sedap T.T




p.s: 21 Ramadhan dah..perbanyak doa ini 
"Allahumma innaka afuwwun kariim, Tuhibbul afwa fa'fuanni ya kariiimmm"
lagu raya telah dimainkan,sedangkan tetamu kita ( ramadhan )belum pulang.
jika saya adalah tetamu tersebut,kecil hati saya...
bukan nak halang tak payah pasang tp
kita sedang menyahut ramadhan. 
Memperjuangkanlah dahulu baru menikmati kemenangan.

20150707

20 Ramadhan

dongak ke atas, kita berbumbungkan langit yang sama.

tunduk ke bawah, kita memijak tanah yang sama.

tarik nafas, kita hidu udara yang sama.

semua kurniaan Allah. pinjaman Allah.

apa kau kira kita berbeza hanya kerana pangkat sesama manusia?

20150706

19 Ramadhan

MELIHAT WAJAH RASULULLAH

Imam Busiri :“Alangkah beruntungnya akan diistimewakan melihat wajah Rasulullah sebab seseorang yang melihat wajah Nabi ,hilang kesialan apabila melihat dengan cinta dan iman.”

Kita banyak mendengar dalam selawat “orang yang melihat wajahmu (Rasulullah) amat beruntung.”

Para sahabat bila teringat Rasulullah,tak mampu makan dan tidur kecuali setelah melihat wajah Rasulullah baru dapat tenang dan damai.

Para muhajirin datang ke Madinah semata-mata nak lihat wajah Nabi dan agar dapat dekat dengan Nabi.

Imam Ahmad Bin Muhammad Bin Mudhor di Indonesia. Ketika itu Indonsia masih dikuasai Belanda. Lalu ada seorang Belanda melihat wajah Imam berasa sedap dipandang. Lalu ditanya’’ Apakah seperti ini wajah Nabi kalian kerana sangat sedap dipandang dan bercahaya.“

Lalu dibalas orang,’‘Tidak ,ini cucu keturunan Nabi. Nabi kami lebih tampan.”

Dijawap lagi orang Belanda tadi:“ Saya tahu kaum Muslimin ada yang berselisih kata saya tahu Muslimin mana yang benar. Namun saya tahu tuan habib (merujuk kepada imam tadi) adalah orang yang benar kerana terlihat dari wajahnya bukan seorang pendusta.”

Ulama pesan: “Kalau melihat wajah seseorang, tak dapat manfaat. Jangan harap dapat petik manfaat darinya.”

20150703

16 Ramadhan

Kerana apa yang kita sayang itu adalah ujian

“syafakallah/syafakillah syifaan ajilan , syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman”
- semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dgn kesembuhan yg tiada sakit selepasnya-

Hakikat sebuah doa mampu mengubah takdir.
Atas izin Allah

p.s: Saya pohon sahabat semua tolong doakan kesejahteraan ibu saya. 
       target sebelum raya :'(
       tapi ALLAH maha mengetahui semuanya..
     "Aku letakkan ibu dlm pemeliharaanmu yaAllah"











 R.I.N.D.U

20150701

14 Ramadhan

Ada orang,
hati dia bukanlah bahagia mana,
tapi bila dia kongsi kegembiraan dan keceriaan,
moga hatinya juga mampu bahagia.
Ada orang,
bukanlah tahu pun doanya mustajab atau tidak,
bila dia doakan kebaikan kepada orang lain,
dengan harapan doa yang sama jugalah malaikat aminkan pada dirinya.
Hidup ini,
belum tentu apa yang kita mahu,
dapat tercapai dengan hanya terus meminta.
Adakala kita perlu terlebih dahulu memberi,
supaya apa yang dimiliki dan ingini,
tak lokek untuk kita terus berkongsi.
smile emoticon ^____^