20150804

4 Ogos

tazkirah...

ustz kata..

Jangan melihat seseorang dari masa lalulnya.. Berikan kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al- Khattab..

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid..

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga..

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir’aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal Bin Rabah kedengaran langkahnya disyurga..

SubhanAllah… Semoga Allah memberikan kita petunjuk  dan hidayah-Nya,agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.. 

Amiin..



No comments:

Post a Comment