20150826

26 Ogos

Cari 'diri' memang payah
Dia macam kau nak kenal orang tapi tak tanya nama
So
Macamana nak cari (kenal) 'diri' ?
Kenallah DIA, selak 99 Nama-Nya...
Zikir
Istiqamah
Goyah; Der, gua bukan nak gebang, lu-gua manusia... moh ler kita
Usaha; Itu yang penting

someonesaid: 
Ni lagi satu, dah buat benda bagus-baik, jangan 'bising' fahamkan kenapa?
Hurmmm... kerna istiqamah tu bermula dari sekecil-kecil perkara...



p.s: 'Asas'Nya kau-aku sama 'fungsi'. Tinggal lagi 'destinasi' kita 'end-up' di mana

20150821

21 Ogos

arwah tok chek dulu suka kecek klate dengan aku..
aku tak faham . tapi , itu yang buat aku ingat dia selalu..
Rasulullah suka banyak kan bersugi .solat dhuha .senyum .makan kurma . hisap jari lepas makan .
aku akan cuba ingat . selalu ...


p.s : Kita ada pilihan..
pilihlah untuk menjadikan hidup ini lebih baik daripada semalam 
Salam Sayyidul Ayyam gais..

20150820

20 Ogos

cerita pendek harini...

Semalam..

Waktu aku sedang menyelesaikan kiub rubic,
adik aku sedang duduk di sebelah aku...
Walaupun dia tak membantu,
tetapi dia ada di sisi...
Begitu juga dengan kehidupan,
walaupun kita tidak mampu menyelesaikan masalah orang lain,
biarlah kita sentiasa berada di sisinya...
xpun mendoakan....
itu dah cukup..

sekian ^_^



p.s: To everything there is a season..
        Alhamdulillah ala kulli hal

20150818

18 Ogos

"..Telah berkarat hati mereka, 
Kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan..” 
Surah Al-Muthaffifiin (83:14)

rasa..
rasa berdosa itu ialah nikmat..
dengan rasa berdosa..
kita akan mahu bertaubat..
tangisan orang yang mahu bertaubat itu lebih mulia daripada alunan zikir para wali..



p.s: sentiasa selesakan diri dengan tidak diberi.
sentiasa tidak bersangka buruk dengan yang maha pemberi.
salah satu perkara yang tough kan?





*rinduibu*

20150817

17 Ogos

Tika ada waktu yang seseorang itu meninggal dunia.
Seseorang yang tidak dikenali.

Orang lain bersedih mendengar khabar berita.
Orang lain yang tiada hubungan dengannya juga bersedih.

Lalu kita pun turut bersedih....kerna....
Orang baik yang pergi meninggalkan dunia...

life is always uncertain,
that's what we called nature of it.
the sunnatullah.
to reach the certainty is to be dead.
coz, death is a must.
and that also the sunnatullah.
our life full of uncertain event,
but yet our journey will end up with certainty.
-spoiler alert-

p.s :Orang baik mati awal.
Kalau semua orang baik mati awal, siapa nak jaga dunia?
Dunia bukan tempat tinggal orang baik ..

-noted-

20150816

16 Ogos

lelaki dan perempuan.
dua dua berbeza tapi sama tujuan.
perempuan ibarat konkrit.
lelaki ibarat batu bata bangunan..

konkrit,
teguh tapi tidak nampak.
duduknya di dalam bangunan..

batu bata,
keras tapi mudah rapuh.
duduknya di luar bangunan.
kalau konkrit yang berada di luar,
susah untuk memberi teguh.
kalau bata bata yang berada di dalam,
lama kelamaan akan roboh sebab rapuh.
sokong menyokong..
di belakang lelaki yang power ada perempuan yang hebat...

jadi
tak kisah lah
terima nasihat dari kawan lelaki atau kawan perempuan
kerana..
agama itu nasihat..
nasihat ini selalunya menyentapkan hati..
jadi.....
bila hati kita sentap tu..
tandanya kita sedar..
yang kita belum lagi baik..
berusahalah..
untuk jadi lebih baik..
daripada,

cik yang belum penyayang =_="
-sekian-









introvert

20150815

15 Ogos

setiap orang mengharap
kadangkala kita sedap sedap berdoa kencang supaya dimakbulkan
tapi Allah tak beri izin
semuanya berbalik kepada hikmah disebalik situasi
rujuk al baqarah : 216

dan ada ustaz pesan
kita kalau berdoa 
jangan fikir yang kalau kita nak sangat straight A 
dalam spm ataupun 4 flat itu kita boleh bahagia,
kadang kadang, doa macam itu bila dimakbulkan, 
kita rasa lagi susah dan tak tenang. 
teringat member aku yang sambung medik, 
dia kata 

'kan bagus kalau aku tak dapat 4 flat time asasi, 
boleh aku sambung akaunting. medik terlalu susah untuk aku.'

kita kena doa
jika dapat straight A atau 4 flat ini, 
dapat berikan aku yang terbaik di masa hadapan, 
maka kabulkanlah ya Allah. 
dan jika tidak, aku menerima dengan hati yang baik.
rujuk al baqarah : 216. baca sampai lebam.

lepas itu, ada juga orang kata. 
kita kalau berdoa kena jelas dan yakin dengan apa yang kita minta. 
barulah nampak effort dan kesungguhan kita.

benar. betul juga.

kalau kita mampu berdoa dengan hajat hajat yang tinggi 
dan kita tidak akan mengalami depresi yang dasyat sebab tidak dikabulkan.

maka, boleh sahaja.

apapun, kerna tuhan bekerja dalam rahsia...

p.s; Satu benda je kita kena ingat dan pegang.
Rezeki masing² bukan pada pointer.
Kau rajin in shaa Allah berjaya.
Result akhirat tu patut dirisaukan juga. jangan putus asa, 
kemuncak result ialah kat sana, bukan sini. Terus usaha
lets hit harder next semester








*Takmau ckp banyak, just wanna say alhamdulillah ya Allah

20150814

14 Ogos

adik aku tanya,
dalam banyak tahun, tahun apa yang best?
selepas aku analisa, aku cakap tahun 2005-2010, 2011-2014
tahun yang tak best?
2004 dan 2015..
rupanya,
tuhan kurniakan aku nikmat merasa gembira lebih lama daripada merasa sedih.
tergamaknya aku...
padan muka...

lepas ada siang, akan datang malam
dan malam akan hilang, jadi siang 
susah sementara
senang pun sementara
jadi percayalah.
percaya..
sangka baik. 
denganNya..

p.s; "Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada" Surah Al-Hajj (22:46) -don't forget to recite suratul kahfi geng... #followsunnah-

20150813

13 Ogos

sebenarnya,

aku dalam proses untuk melatih diri dalam menghasilkan cerita pendek.
tapi, setiap kali aku siap tulis beberapa cerita pendek,
terus aku backspace.
backspace.
dan backspace.
terus delete.

pandai...

Kadang kala kita perlu bergerak ke hadapan dengan cara berjalan mengundur.
Kejap lagi lah sambung tulis...
-ituponkalorajin-

20150811

11 Ogos

lesson of the rest of  life

ada masanya bila waktu susah
kita mampu bersabar
sebab kita punya iman mantap
ibadat kencang

tapi akan ada sampai satu masa
nafsu akan datang menguasai kita
dan apabila waktu susah datang pada waktu yang sama
kita tidak mampu bersabar
selalu marah marah
selalu kecewa
dan menjadikan kita lemah

ada beza rupanya
bila waktu susah kita berstatuskan iman
dan bila waktu susah kita berstatuskan nafsu

jadi, kembalilah kepada Allah
bersihkan diri daripada dosa
tingkatkan iman kembali
Sukarnya menjadi hamba
Deritanya menjadi pendosa...T.T

p.s: 

Ironi.
Perjalanan ke tempat yang tak best lebih senang 
berbanding perjalanan ke tempat yang best...


20150810

10 Ogos

quote introvert,

'walaupun kita suka minum air manis;
jus manga,
epal,tembikai,
air gas dan 
kopi 

tetapi yang paling dan betul betul sedap ialah air kosong yang sejuk tika dahaga'
manusia cuba cari kemanisan apa yang ada di dunia; muzik,movie,drama untuk mengembirakan hati mereka tetapi yang paling dan betul betul menggembirakan ialah al quran yang apabila dibaca di waktu sempit.

p.s: *nagis sambil taip
terkadang terlupa, hidup ni taklah lama mana.

20150808

8 Ogos

Dia kata...
"bila aku nampak perempuan pakai tudung labuh. 
yakni pakai baju yang betul betul tutup aurat.
aku rasa nak menjerit depan depan dia .
' terima kasih ! terima kasih ! '
entah kenapa..."


to feel empty is a choice, make it fill..
akan ada satu masanya , 
kita jumpa persimpangan . 
dan di situ . 
kita mula berfikir..
memilih yang kanan .
atau
memilih yang kiri...

Dia kata lagi...
"aku kau dan mereka ada banyak buat dosa . 
dan aku harap Allah ampunkan kita dan mereka. 
dan Allah banyak beri harapan kepada pendosa macam kita.
salah satunya bacalah ayat 7 daripada surah Al-Ankabut.
dan banyak lagi sebenarnya , mari kita explore lagi khazanah yang bernama al quran ini ya sahabat.." 

*tears drop*

p.s: bile nak berubah adda...
untuk setiap waktu
jadikan gelita aku bukan untuk memberi gelita orang lain
tetapi untuk mengenal nyata..
doakan

20150807

7 Ogos

Beberapa tahun yang lalu, aku ada tulis manuskrip untuk pembikinan novel lah. Konon konon lah. Aku tulis berkenaan tiga buah negara. Negara A negara penjajah. 2 buah negara lain, negara yang hidup aman damai.

Negara A yang suka menjajah, menawarkan persahabatan kepada negara B. Tetapi, ia menolak. Berlakulah peperangan kematian yang maha zalim yang sentiasa dimenangi penjajah.

Negara C suka A. Lalulah berkawanlah mereka. Tapi, disebabkan A jiwa penjajah. C juga sama mati.

Bezanya, B cepat mati. C lambat mati.

Jadi, satu hari B tanya C. Kenapa kau lambat mati, bukan ke kau juga dijajah?

Kau mati sebab senjata. Aku mati sebab percaya...
-introvert-



p.s: Bila tuhan kata jangan...Kita kena dengar

20150804

4 Ogos

tazkirah...

ustz kata..

Jangan melihat seseorang dari masa lalulnya.. Berikan kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al- Khattab..

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid..

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga..

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana sepatu emas fir’aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal Bin Rabah kedengaran langkahnya disyurga..

SubhanAllah… Semoga Allah memberikan kita petunjuk  dan hidayah-Nya,agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.. 

Amiin..