20130817

deep song..


super cool lyric Hidup ini indah bila saling menghargai...
Sebelum ni memang tak pernah dengar pung lagu ni, 
bila try dengar,mcm sedap jek, dgr lg kompem lekat kat jiwa aq teros...
n video dia mmg penuh makna...tp heroinnye seksi bangat....
so den bg lirik je lah..n Lirik nye pun ada makna dan maksudnya mmg menarik..

p/s: Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

motip: mcm biase dh repeat dgr 537389x huhu... ^__^ kbai

20130807

salam lebaran




Takde pantun Takde ayat best Takde duit raye hati2 dijaln raye heee..

Have a blessed Eid, everyone!

May the blessings of Allah fill our life with peace, joy and prosperity...

aamin... ^_^ 

p/s: esok masih pose lg...jgn lupe sahur dan niat pose k...huhu



20130803

Tazkirah II

Rugi biarkan Ramadan berlalu tanpa amal.
Rugi biarkan masa berlalu tanpa amal.

Kalau malas solat sunat 20 rakaat, boleh solat sunat 8 rakaat.

Kalau malas solat sunat, boleh buka dan baca alQuran.

Kalau malas buka alQuran, baca ayat alQuran yang telah dihafal.

Kalau malas baca alQuran, boleh istighfar (minta ampun) 
ucapkan astagfirullah, astagfirullah, astagfirullah ..

Kalau malas istighfar, boleh zikir baca sebut..
la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir sebut, tak payah sebut, baca dalam hati.. 
la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah.. la ila ha il lallah..

Kalau malas zikir panjang dalam hati.. 
la ila ha il lallah.. pendekkan sedikit, zikir dalam hati.. 
ALLAH, ALLAH, ALLAH ..

Rugi biarkan masa berlalu tanpa amal..
Rugi biarkan Ramadan berlalu tanpa amal..

p/s: Zikir sebenarnya byk mengerakkan lidah dan tekak...
bila ajal kita sampai anggota lain semua jemm hanya lidah dan ank tekak akan berzikir itu pada yg mengamal zikir.
p/s: rebutlah sblm trlambat wahai Muslimin&Muslimat sekalian.

Tazkirah I

Bismillahirrahmanirrahim

Qiamulail / Solat malam / Solat Tahajjud.

Nabi saw. bersabda,
“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, 
“Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, 
“Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) solat malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Allah, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” (HR At-Tabrani ) 

Allah berfirman maksudnya, 
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. DIA berkata : Mana hamba-Ku yang berdoa untuk Aku kabulkan (doanya)? Mana hamba-Ku yang meminta kepada-Ku untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hamba-Ku yang beristighfar untuk Aku ampuni (dosanya)?"
- Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim -

p/s:Bagi yang baru berjinak2 nak solat tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian). Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya dia berhenti merokok serta-merta.Itu, bagi yang dah istiqamah solat tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan Sebab solat tahajjud itu.. manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan mengganggu kesihatan tubuh badan...

p/s: Semoga kita semua istiqamah dlm mencari redha Allah
p/s: jom beramal..semoga bukan hanya melakukan di bulan ramadhan je 
p/s: may ALLAH bless u me and us

anonymous II



ehemm ehemm selamat pukul 1.34 pg..

Dear August
august please be kind to me
be better than july
please make me extraordinary
please be awesome
please be great one
please be different

Ramadhan laju seperti berlari . Sudah hampir ke garisan penamat . 
Kenapa kita jauh ketinggalan ? 
Ayuh ! lajukan 'larian' . Tahun depan belum pasti lagi ..
i'll be leaving soon
Sedihkah kita? Atau langsung tidak rasa ape-ape????

p/s Malam ini merupakan malam ganjil,iaitu malam 25 Ramadan. Marilah bersama-sama kita merebut peluang beribadat pada pagi ini dimana terdapatnya malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Semoga kita mendapat kebaikan yang berlipatkali ganda daripada Allah..Ameen