20161221

end dec

Bila kita berada di tanah yang lapang dan ditemani kilat sabung menyabung.
Adakah kita perlu berlari atau berjalan? Buntu.
Tiada tempat penyinggahan sepanjang melalui jalan.
Masa itu hanya satu perkara saja yang kita fikir.
Kita nak keluar daripada situasi. Macam mana?
Jawapan itu hanya dapat diselesaikan bila kita dapat keluar daripada situasi dengan selamat..
























introvert
road to final
chaiyouk

20161109

calm before the storm

calm before the storm

before i left the vacancy in his room
i had to ask him the one question
thats been on the tip of my tongue
since the day our souls crossed

do you see me in your  future

and right before he answered
we are greeted by a prolonged silence
that overstayed itd welcome
when the word 'i dont know'
slipped through his dry lips

i knew that nothing else that
came out of his mouth would matter
because i found all of my answers
in the absence of sound between

my curiusity
and his uncertainty
The rest is history!

p.s: Kadang, perjalanan bertemu kebodohan sendiri itu lebih banyak mengajar
berbanding perjalanan mencari kepandaian diri.

20160929

noted

Kalaulah Allah tak ciptakan kesedihan. 
Kita takkan mampu menghargai kegembiraan kut

Macam mana teruk pun amalan kita,
Allah tetap sayang, tetap ampun.
Rahmat Dia sungguh besar. 
La taiasu mirrahmatillah.



p.s: "Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada" Surah Al-Hajj (22:46)

20160812

moga moga


Kawan, jujur aku katakan, yang kematian seorang ibu itu satu tamparan hebat.
Dan berkali ganda jujur mahu aku nyatakan fasa selepas kematian seorang ibu 
itu juga tamparan yang sama tara hebatnya. Fasa yang aku lalui sekarang... 
Dalam tempoh beberapa bulan selepas kematian ibu kau, 
sedikit sebanyak hidup dan kematangan kau akan teruji buat sekian kali. 
Akan ada ketikanya, kau rasakan beban duniawi yang selama ini seakan mudah saja kau lalui, 
tapi kali ini sedikit sukar dan ada saatnya hampir membuatkan kau berputus asa. 
Segala usaha seakan tak menjadi. 
Tak berhasil.
.
.
Terduduk. Hingga kau berfikir akan realiti pertama, 
"Apakah sebelum ini jalan hidup aku seakan mudah hanya dek kerana doa mak?" 
Jika ya, kau mula akan persoalkan doa-doa kau sendiri. 
Kau mula rasakan doa kau itu tak bernilai dan tak dimakbulkan. 
Dan kemudian dari keadaan terduduk, kau mula tertunduk... 
Sebab kau baru sedar akan realiti kedua. 
Jika doa-doa kau tidak tergolong dalam doa yang dimakbulkan, 
bagaimana pula keadaannya bagi doa kau buat arwah ibu 
agar dosanya diampun dan dia ditempatkan di syurga?? 
Kau mula persoalkan kualiti doa sendiri... :'( .
.
Tamparan yang cukup hebat bukan?

Dan cara yang ada untuk perbaiki segalanya, hanyalah dengan kembali pada Dia. .
.
Moga kau dan aku tidak termasuk dalam kalangan anak yang memalukan ibu bapanya dengan deretan doa yang tak diterima. Moga-moga...


















#gojibundy
#riduanadullah

20160611

dead week

sentiasa sangka baik dengan Allah- (alang)
kenapa Allah letak kan kau dekat bidang design ni
kenapa Allah bagi susah bile nak buat model tetibe turn out jadi lain
bille dah siap design tetibe leaking sane sini software
bile dah siap lupe nak save sebab mengantuk sangat
bila sentiasa booking duduk pantri kolej sampai habis waktu sahur
bile tidur kau makin berterabur dengan mata panda yang maha dasat
bile life kau sampai nak cakap pon dah malas
sampai orang rasa kau annoying sebab hibernate lelame
ntah hidup lagi ke tak
bile hidup sebagai student ni kopak semendang sebab kene beli material mahal mahal
bila muncul dead week kau be like
makan tak kenyang kenyang
tidur macam terlebih lebih bile dapat tidur
mandi berpeluh peluh
jantung berdegub 200/min
dan bila bape hari je lagi final week
when you are dead and then
you realize you don't have time to be dead
because you have to study 12 x 3book= 36 cheapter yang 14minngu kau belajar utk 3 subjek bertulis..

Try to be positive.
Mungkin ada something yang kita tak expect Allah bagi
Susah harini untuk kebahagiaan esok. Allah uji susah dulu baru senang.
Apa pun urusan kita, mesti ada campur tgn Dia... KUAT - *Whisper to myself 

































kali ni lain rasa dia. Lain sangat.


























"Ramadhan pertama tanpa arwah ibu" this breaks my heart into tiny million pieces
Semoga Allah memberi rahmat kepada arwah ibu. Semoga arwah ibu di tempat org2 yg beriman. 
Amin YaAllah
1959-2015
110616 -0356 upm
6Ramadhan1437H



20160529

before

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promised He will always be there
To bless us with His love and His mercy
Cuz as He promised He will always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what's in our little hearts
So when you lose your way
To Allah you should turn
Cuz as He promised He will always be there






.: Aku bukan saja saja nak jadi emo dan dingin. 
   Adakalanya, situasi buruk sering berulang dan datang bertimpa timpa. 
   Berikanlah aku waktu, supaya aku dapat immune dan senyum kepada kamu.
   Aku juga yang biasa. 
   Andai kamu berada di tempat aku, kamu juga yang biasa biasa.






















intrrovert

20160422

self reminder II

"Barangsiapa
yang memperbaiki hatinya, maka Allah akan memperbaiki keadaan luarannya.

Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.

Barangsiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkan baginya urusan dunianya."

- Imam Sufyan bin Uyaynah -

20160420

^_^

Suatu saat Rasulullah sedang duduk di rumah beliau ketika itu Rasulullah bersama Isteri baginda iaitu saidatina aishah yang diberikan gelaran Humaira dan ketika itu Rasulullah mengangkat kedua tangan dan berdoa . " Ya Allah ampunila dosa aishah dosa yang zahir dosa yang batin , dosa yang lalu dosa yang akan datang dosa yang disengaja atau dosa yang tidak sengaja "

Maka saidatina aishah yang mendengar doa Rasulullah yang tadi itu berasa begitu senang tersenyum² berpusing² dirumah nya. Lalu Rasulullah kebingungan kenapa dengan aishah ini begitu senang .


Lalu Rasulullah bertanya kepada saidatina aishah ' wahai Aishah wahai humaira apa yang terjadi kepada kenapa engkau kelihatan begitu senang yang luar biasa ". lalu saidatina aishah menjawab

" Ya Rasulullah bagaimana aku tidak senang engkau mendoakan ku dan doamu pasti dimakbulkan oleh Allah . doamu sangat hebat "

Lalu Rasulullah tersenyum dan berkata " Wahai aishah apakah engkau tahu bahawa sesungguhnya aku mendoakan umatku sama seprti yang aku mendoakan kepadamu . setiapa malam aku tidak berhenti² mendoakan umatku dengan doa sama seperti doa yang aku doakan untukmu

Semoga kita tahu balas budi Rasulullah SAW yang Setiap malam mendoakan kita seharusรฑya kita yang lebih senang kita yang lebih gembira .

- Habib Ali Zainal Abidin Alwy Al-kaff -

‪#‎SolluAlanNabi‬

๐ŸŒน ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง
ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

‪#‎CintaRasulInternationalCommunity‬
‪#‎TausiyahHabib‬

20160413

self reminder

"Jika seorang buta berkata padamu bahawa matahari itu gelap," ujarnya,
 "Apa yang akan kau katakan padanya?"

Saya tersenyum. Saya menunduk sejenak, memejamkan mata, menghela nafas dan merasakan tiap butir udara mencurahkan kenyamanan dalam dada. Lalu saya angkat dagu, menjawab sambil tersenyum lagi.

Akan kukatakan padanya:
"Ya. Engkau benar, Saudaraku. Tapi bukankah ia hangat? Dan kita sama-sama merasakannya."

-Dalam Dekapan Ukhuwah -
Salim A. Fillah

20160407

sahabat

Kata Ustaz, ๐Ÿƒ
Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan.
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya.Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.


Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu,
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu.

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu,
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu.

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu,
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu.

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya.

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu.Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.




Kalau benar-benar bersahabat, kerana Allah, kau takkan berkira.
Takkan berkira untuk memaafkan.

‪#‎CahayaIlahi‬ tentang sahabat.
Bersahabat kerana Allah

20160406

headshot

Orang yang tidur, boleh dikejutkan.
Orang yang lalai, boleh diingatkan.

Akan tetapi, kalau orang yang hatinya mati,
Dia itu ibarat mayat.
Hanya hidayah Allah sahaja yang boleh menghidupkan ia kembali.


Merasa soleh itu adalah,
akhlak yang paling buruk
Kerana ada sifat riyak di dalam hatinya.

- Syeikh Rohimuddin Al-Bantani -

20160403

Extremely

Kawan aku yang dekat nampak aku.
Extremely rajin.
Invisibly malas.
Kawan aku yang jauh nampak aku.
Extremely malas.
Invisibly rajin.
Beza. Beza terletak kepada status seorang kawan.
Apa yang aku pandang aku.
Extremely keliru.....




















introvert

20160106

Ainul Mardiah

Abu Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Abdul Wahid Bin Zaid :

dibacakan ayat ini...
“Sungguh Allah swt telah membeli dari kaum muslimin jiwa dan harta mereka dan dibayar dgn Syurga” . Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yg berumur 15 tahun teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. 

Beliau yg baru kematian bapanya telah menerima harta warisan yg banyak telah berkata :“Ya Abdul Wahid,aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku utk mendapatkan Syurga itu” Aku berkata padanya : “Sungguh berat utk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak2,aku takut kamu tidak tabah,juga tidak sabar menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan perjalanan itu” 

Pemuda itu lalu berkata : “Wahai Abdul Wahid,apakah aku akan lemah jika aku menjualkan diriku kepada Allah swt?Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku menjualkan dirimu kepada Allah swt. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian”. Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yg ada kecuali pedang,kuda dan sedikit bekal untuk ke medan perang.Saat tiba hari Isnin,beliaulah org yg pertama sampai utk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam padaku : “Assalamualaikum ya Abdul Zahid” Aku menjawab : “Waalaikassalam warahmatullahi wabarakatuh. Semoga Allah swt memberi keuntungan dalam jualanmu itu”.

Ketika perjalanan,pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun solat serta menjaga keselamatan kami di waktu malam.Beliau jugalah yg menjaga ternak yg kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari.Ketika sampai di perbatasan negeri Rum,tiba2 pada suatu hari selepas Asar, pemuda itu datang sambil menyeru : “Alangkah rindunya aku dengan Ainul Mardiah”. Banyak di antara kami menyangka pemuda itu mengalami gangguan jiwa.

Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya : “Wahai sayangku,apakah itu Ainul Mardiah? Beliau menjawab : “Tadi aku tertidur sebentar.Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata,mari aku bawa kamu bertemu Ainul Mardiah. Aku dibawa ke suatu taman yg sangat indah. Di situ ada sungai yg airnya sangat jernih.Aku melihat banyak gadis yg kecantikannya tidak dapat aku bayangkan,lengkap dgn perhiasan sedang bermain di taman itu. Saat mereka menyedari kehadiranku,dgn wajah teramat gembira mereka berkata,Demi Allah itulah suami Ainul Mardiah. Lalu aku memberikan salam kepada mereka “Assalamualaikunna, apakah disini tempat Ainul Mardiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata “ Tidak,kami hanyalah suruhan dan pelayannya,majulah kamu ke depan lagi.”

Pemuda itu meneruskan ceritanya : “Aku pun meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu taman yg terdapat sungai susu dan tidak berubah rasa.Kehadiranku di sambut oleh sekumpulan gadis yg lebih cantik dari yg kulihat sebelum mereka.Mereka berkata demi Allah lihatlah,suami Ainul Mardiah sudah sampai.Aku pun mengucap salam kepada mereka lantas bertanya,apakah ada di antara kamu ini Ainul Mardiah?Sesudah menjawab salamku,mereka berkata bahawa mereka adalah budak serta pelayan2 Ainul Mardiah.Mereka meminta agar aku meneruskan perjalanan ku”

Pemuda itu berkata lagi : “Aku meneruskan perjalananku hingga sampai ke suatu lembah yg ada sungai araknya.Di situ banyak gadis bersuka ria,mereka lebih cantik sehingga aku terlupa kecantikan gadis yg kulihat sebelum mereka.Aku pun mengucapkan salam dan bertanya apakah ada di antaramu Ainul Mardiah?Mereka juga berkata tidak,kami hanyalah suruhan dan pelayannya,teruskan perjalananmu ke depan”

Pemuda itu menyambung cerita : “Tiba2 aku bertemu pula dgn sungai madu dan satu kebun.Kulihat kebun itu di penuhi dengan gadis yang bagaikan cahaya kecantikan mereka.Teramat cantik dari yg sebelumnya.Aku mengucapkan salam dan bertanya apakah disini ada Ainul Mardiah?Mereka menjawab ya Wali Allah,kami hanyalah suruhan dan pelayannya saja majulah kamu ke depan.”

Pemuda itu mengakhiri ceritanya : “Aku pun meneruskan perjalanan.Tiba2 aku sampai pada satu khemah yg terbuat dari permata yg berlubang.Ku lihat ada gadis putih bersinar kemerah2 han yg lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu khemah tersebut.Setelah dia melihat kehadiranku,dengan nada gembira dia berseru : “ Wahai Ainul Mardiah suamimu sudah sampai.Dengan rasa penuh rindu aku pun masuk ke dalam khemah tersebut.Di dalam khemah itu ada satu tempat tidur yg terbuat dari emas yg bertaburan permata Yaqut serta berlian.Sungguh aku terpesona saat kulihat seorang gadis yg sangat cantik rupawan lebih cantik dari yang kulihat tadi manatap aku dalam senyuman,duduk di atas tempat tidur tersebut.Dengan alunan suara merdu dia menyambutku di gerbang pintu Syurga dengan kalimat : “Marhaban bi Waliyir Rahman,sudah terlalu dekat saat pertemuan kita”

Aku ingin mendakapnya,tapi Ainul Mardiah lantas berkata kpdku “Sabarlah dulu wahai kakandaku kerana belum tiba saatnya,bukankah kamu masih hidup di alam dunia?Bila malam nanti,kamu akan berbuka puasa di sini Insya Allah”.Kemudian aku pun tersedar dari tidur. “Wahai Abdul Wahid,aku rasa tidak sabar lagi..tetapi engkau janganlah menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya aku shahid barulah ceritakan kepada nabi..."

Abdul Wahid berkata : Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya,tiba2 kami diserang oleh musuh.Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh tersebut. Setelah dia Berjaya membunuh 9 orang kafir,akhirnya kulihat pemuda itu rebah.Aku segera menghampirinya.Dalam keadaan tubuh yg berlumuran darah,ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehingga dia meninggal dunia.

Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka Abdul Wahid telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabatnya yang syahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar…benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga….

Subhanallah..




Firman Allah -“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezki.” Ali ‘Imran:169

“ Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Ali ‘Imran:170

20160103

Asiah binti Muzahim

Tersebutlah alkisah di negeri Mesir terdapat kerajaan yang diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir’aun yang terkenal dengan keganasan dan tidak berperikemanusian. Setelah kematian isterinya beliau hidup bersendirian tanpa teman hidup. Pada ketika itu tersebutlah satu kisah di mana seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah yang sentiasa menjadi sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan kejelitaannya.

Kisah kejelitaan Siti Asiah telah sampai ke telinga Fir’aun dan suatu hari beliau teringin untuk memperisterikan Asiah sebagai permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah telah bertanya kepada tuan empunya diri tetapi Asiah telah menolak lamaran tersebut dan berkata kepada kedua ibu bapanya bahawa Fir’aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT dan tidak berperikemanusiaan.

Tidak lama kemudian Haman, utusan Fir’aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut dan alangkah marahnya beliau setelah mendapat tahu yang lamaran Fir’aun telah ditolak. Ibu bapa Asiah telah dicaci dan dihina. Haman kemudian telah pulang dan memberitahu kepada Fir’aun akan berita buruk tersebut dan Fir’aun telah menjadi marah dan memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka telah diseksa dan dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir’aun dan bertemu dengannya. Di hapadapan Fir’aun, Asiah kemudiannya telah diketemukan dengan kedua ibu bapanya di dalam penjara. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang disiksa oleh Fir’aun.

Kemudian Fir’aun berkata:

“Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.”

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun akan tetapi beliau telah meletakkan beberapa syarat:

1. Bahawa Fir’aun harus membebaskan kedua ibubapanya.
2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas
3. Bahawa orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.
4. Bahawa Asiah bersedia menjadi isteri Fir’aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir’aun.


Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.

Akhirnya Fir’aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan agar rantai belengu yang ada di kaki dan tangan Asiah dibuka. Kini Asiah telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir’aun di dalam istana yang indah. Akan tetapi ia tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama dan beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir’aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir’aun.

Fir’aun sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil. Hazaqil telah berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga amat taat dan beriman kepada Allah SWT.

Pada suatu hari maka terjadilah perdebatan yang hebat antara Fir’aun dengan Hazaqil di mana Fir’aun telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi Musa AS. Hazaqil menetang keras terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar akan kata-kata Hazaqil, Fir’aun menjadi marah. Akhirnya Fir’aun dapat tahu yang Hazaqil telah engkar kepada beliau dan kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar demi untuk membela kebenaran. Hazaqil telah meninggal dunia dengan kedua-dua tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah. Isterinya yang bernama Masyitah amat sedih sekali di atas kematian suaminya yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada suatu hari Masyitah telah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga telah menceritakan tentang keadaan dirinya yang sebenar. Hasil dari perbicaraan itu, barulah kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang itu berlari pantas ke arah kotak yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun memerintahkan masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan Firaun.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.

"Bukankah kita tidak mempunyai anak lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya. Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan isterinya, lalu keluar dari kamar itu.

Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.Apabila nabi Musa mula berdakwah menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.

Pada suatu pagi, ketika Siti Masyitah menyikat rambut puteri Firaun, dia teringatkan suaminya. Tumpuan kepada tugasnya hilang. Tiba-tiba sikat yang digunakan menyikat rambut puteri Fir’aun jatuh ke lantai.

“Allahu Akbar,” kata Siti Masyitah lalu mengambil sikat itu.

Masitah, kamu akan dihukum kerana berkata begitu. Apakah ada Tuhan lain selain ayahandaku?” tanya puteri Fir’aun.

“Ya. Memang ada Tuhan yang patut disembah, bukan ayahanda tuan puteri,” kata Masyitah dengan tegas dan berani.

Puteri sangat marah, lalu mengadu hal itu kepada bapanya. Darah Fir’aun menyirap mendengar kata-kata anaknya. Dia lalu meminta Masyitah menghadapnya.

“Siapakah Tuhan kamu?” Tanya Fir’an dengan marah.

“Allah, itulah Tuhan saya,” jawab Masyitah dengan tegas.

“Biadab! Kamu akan dihukum sebab menghina beta,” tegas Fir’aun lalu memerintahkan pengawal memasak minyak dalam kuali yang sangat besar untuk dihumbankan Masyitah ke dalamnya

Siti Asiyah yang menyaksikan kejadian itu, melaknat Firaun dengan kata-kata yang pedas. Ia pun menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Firaun, dan lebih memilih keadaan mati seperti Masyitah.Dia sangat tidak menyangka Asiah juga sudah mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara Mesir mengikuti ajaran Allah.

Orang yang mengingkari larangan itu akan dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya isterinya keluar dari agama Allah.

"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.Keluarlah dari agama yang dibawa oleh Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata manisnya.

"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh Allah, tuhan yang mencipta saya."

"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu,"
  tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran nabi Musa.

Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama Musa.

"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.

"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.Biarkan bahang matahari yang panas, dan sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan hukuman ke atas Asiah dengan segera.

"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.

"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.

Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang diharunginya.

Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan kalimat Allah di mulutnya.

Begitulah kisah wanita yang berhati waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga mati tanpa belas kasihan...





p.s:Sejarah bukanlah untuk diceritakan tetapi untuk dihayati supaya yang baik dapat diambil dan yang buruk dapatdijauhi.Kisah ini bukanlah satu kisah dongeng yang dicipta untuk menidurkan kanak-kanak tetapi kisah ini merupakan satu kisah yang nyata untuk kita dan kanak-kanak.Supaya iman di dalam hati digilap dan bersinar kembali.Harap-harap,kubur kita harum semerbak bak kubur Masyitah dan mahligai kita gah bak mahligai Asiah. Insya Allah…..