20140624

24 june

"Wahai anakku...
Inilah mushaf al Quran yg ibu hadiahkan kepadamu utk kamu baca dan menghafaznya.
Gunakanlah mushaf ini untuk kamu baca, hafaz dan mendalami al Quran selama-lamanya.
Peliharalah ia dengan sebaiknya.
Ingatlah anakku..
Mushaf ini mewakili hasrat dan impian ibu.
Saat kamu membacanya, ingatlah selalu hasrat dan impian ibu ini.
Ibu yakin, anak ibu akan sematkan harapan ini sebaik-baiknya.
Anakku, al Quran ini adalah panduan sepanjang hidupmu.
Setiap langkahmu pastikan selari dgn al Quran.
Janganlah menyalahinya.
Sekiranya kamu dilanda masalah dan dilema,
di sinilah ubatnya dan di sinilah jalan penyelesaiannya.
Peganglah ia sekalipun ibu telah pergi meninggalkanmu.
Selagi kamu berpegang dengannya, 
kamu tidak akan pernah kecewa,
kamu tidak akan pernah sesat dan rugi buat selama-lamanya.
Bahkan kebahagiaan, petunjuk dan kejayaan akan mendampingimu selama-lamanya.
Janganlah kamu ganti kedudukan al Quran ini dgn mana-mana buku 
kerana al Quran ini hadiah daripada Allah"

~Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun~ Amin..
editted from Buku Melahirkan Anak Pencinta al Quran

p.s: maka berilah peringatan.Sesungguhnya peringatan memberi manfaat kpd org mu'min
"Baca quran selalu.Hati akn berasa dekat dgn Allah" 
Simple but Meaningful  ^_^

26 Syaaban #Ramadhan_4harilagi


adakah kita manusia yg hebat itu?
~muhasabah~





No comments:

Post a Comment