20140203

3th feb

p.s: 10 sharing dr ustz yg deep gle.. (berpesan-pesan) ^_^

*Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, 
tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

*Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? 
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. 
Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

*Persahabatan ibarat sebuah buku. 
Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, 
tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

*Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. 
Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. 
Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

*Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. 
Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut 
kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

*Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir 
inilah pengakhirannya,ia hanyalah liku, bukannya penamat! 

*Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, 
anda percaya memiliki kemampuan. 
Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah2 anda, 
DIA percaya akan kemampuanmu.

*Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana 
"Bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? 
" Dia menjawab, "Ya, kehilangan visi anda! "

*Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; 
kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

*Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

No comments:

Post a Comment