20151004

4 oct

kadang-kadang kita akan rasa stress.
bukan sebab stress dengan diri sendiri sahaja,
tapi kau rasa stress dengan orang-orang sekeliling kau.
yang dimana masing-masing mahu lalu satu lorong yang kau sendiri pun nak lalu.
bila kau rasa stress dengan hidup yang macam ini, kau kena berhenti sekejap.
Namun, masalahnya, orang lain yang akan sampai dahulu ke penghabisan lorong itu
dan kau akan lewat..

tapi kan,
bila kau berhenti kerana mahu meminta tolong,
kau tetap akan sampai lorong itu walaupun kau lambat.
yang penting,
kau tahu apa lebihnya kau yang lewat berbanding orang lain yang sampai dahulu.
nak tahu apa lebihnya?
kau akan lebih menghargai orang yang menolong kau,
dan siapa yang mahu kau sama-sama menghabiskan perjalanan di dalam lorong sempit itu...


No comments:

Post a Comment