20131110

stage4

Tak sampai setahun lagi perkahwinan dia. Sebulan lepas perkahwinan dia disahkan mengandung..masuk 6 bulan pregnant doc kata kanser otak tahap 4..bulan ke7 doc suruh lahirkan baby…ya pramatang…lame baby dalam incubator. Apa pun Alhamdulillah cukup sifat babynya..tapi kesian dia x mampu untuk menyusukan baby nya sendiri….dengan izin Allah Alhamdulillah dapat juga dia menyusukan babynya sendiri…doc suruh dia jalani pantang 44hari macam wanita bersalin yang lain.

1st operation ..tumor berjaya dikeluarkan..lame dia dalam hospital .baby hanya minum susu formula.untuk suaminya hospital itu adalah rumah pertamanya.tapi doc kata ada tumor kecik lagi dalam otak dia.sedang membesar dan akan mengganggu saraf.by hook or by crook..2nd operation dibuat. Alhamdulillah berjaya..mata dia mula kabur.Sakit.cuba bayangkan otak kita nih di bedah berulang kali..

Kanser silence killer..tetibe dah tahap 4.sihat walafiat sebelum nih tetibe dah tak boleh buat dengan kudrat sendiri.lumpuh segalanya.mujur ada suami disisi yang memberi semangat.jaga siang dan malam.tanpa lelah dan jemu.respect suaminya.kalau lelaki lain x taw lah.

Dan oct arituh lagi sekali operation…rupanya ada lagi tumor di kepala dia..doc suruh lekas lakukan pembedahan ..kadang kadang rasa nak cekik doc tuh…ape ko hingat kepala nih bantal yang terkoyak.boleh jahit tetas jahit tetas.tapi aku tahu ini adalah usaha.dia muda lagi.dia mesti hidup.demi suaminya.demi anaknya yang tak kenal lagi ibunya.demi keluarganya.berat ya allah.3rd operation mata nya makin kabur dia x ingat siapa depan mata dia.main bantai sebut je.anak dia pun dia x kenal dah.Sakit Sangat.nak kencing susah.jalan susah.kepalanya banyak kesan art.berjahit-jahit.

Kadang–kadang rasa dia ada harapan nak hidup.kadang –kadang rase ya allah untuk insan semuda ini,bertahan menanggung sakit yang maha hebat..tapi aku tak boleh bayangkan suami dia,anak dia keluarga dia macam mana nak terima semua ni.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.hanya mampu mengharap miracle dan tawakal kepada allah sahaja.ya Allah aku hanya mampu berdoa.sembuhkan lah sahabat ku itu ya Allah panjangkanlah umur dan ringankanlah penderitaannya.

2minggu berturut-turut terime berita kematian.dan tak sanggup lagi untuk hilang dia.tapi siapa kita untuk menghalang takdir Allah.setiap insan dimuka bumi ini adalah bakal jenazah.bila bila masa waktu dan ketika.tahu tak siapa yang setia follow kita? Mati.yeah, sampai masa dia just datang je. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT. Sebaik-baik hamba adalah hamba yang redha dengan ketentuan yang diberikannya.kuatkan lah hati ini. Kuatkan lah insan ini. Ya Allah, kuatkan lah kami untuk menghadapi dugaan mu ini.

P/s: dia yang diceritakan baru jalani pembedahan kali ke4 pula semalam… the better way just give all things to HIM. Cause Allah knows everything. Tawakal dan redha. X ada air mata dah..





No comments:

Post a Comment