20130803

Tazkirah I

Bismillahirrahmanirrahim

Qiamulail / Solat malam / Solat Tahajjud.

Nabi saw. bersabda,
“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, 
“Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (HR Abu Daud)

Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, 
“Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) solat malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada Allah, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” (HR At-Tabrani ) 

Allah berfirman maksudnya, 
“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu menempatkan kamu di kedudukan yang terpuji". (Al Isra : 79)

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. DIA berkata : Mana hamba-Ku yang berdoa untuk Aku kabulkan (doanya)? Mana hamba-Ku yang meminta kepada-Ku untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hamba-Ku yang beristighfar untuk Aku ampuni (dosanya)?"
- Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim -

p/s:Bagi yang baru berjinak2 nak solat tahajjud, buatlah slow2.. seminggu sekali ke dulu, kemudian naik sikit jadi seminggu dua kali.. sampai la boleh istiqamah tiap2 hari.. kalau kita tak biasa buat, lepas tu buat kerap2, nanti akan menyebabkan kita mengalami masalah kesihatan (sbb tubuh manusia perlukan penyesuaian). Even orang yang nak berhenti hisap rokok pun kena slow2.. kalau tak nanti akan mendatangkan mudarat kepada tubuhnya lebih cepat sekiranya dia berhenti merokok serta-merta.Itu, bagi yang dah istiqamah solat tahajjud, maka hukumnya makruh jika meninggalkan Sebab solat tahajjud itu.. manakala makruh juga bagi yang tidak biasa bangun malam untuk solat tahajjud, melakukannya secara istiqamah setiap hari.. kerana ia akan mengganggu kesihatan tubuh badan...

p/s: Semoga kita semua istiqamah dlm mencari redha Allah
p/s: jom beramal..semoga bukan hanya melakukan di bulan ramadhan je 
p/s: may ALLAH bless u me and us

No comments:

Post a Comment