20130731

Scribbles..

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Bukanlah org yg kuat itu kerana selalu (menang) gulat(pertarungan), akan tetapi orang kuat adalah org yg mampu mengendalikan nafsunya ketika marah" (HR Bukhari dan Muslim)

Sungguh tak berbaloi wehh untuk korbankan satu solat subuh semata- mata nak siapkn satu bab ilmu dunia untuk xsgment korang yang bertimbun-timbun macam buat kajian purba tu tengah malam..

Janganlah jadi hamba xsgmnt. Jadi hamba Allah. Kalau mampu bersengkang mata dan pada masa yang sama menjaga subuh, silakan...sedih bile tgk suke suki je burn kan solat subuh tuh..kononnye mengantok tahap gaban dah...x larat dah...@_@

Kita ni , selalu je nak cepat.
Tambah-tambah kalau time nak kejar sesuatu kerja atau perkara. 
Sampai solat pun kalau boleh nak cepat-cepat, mcm bas ekspress. 
Bacaan pon dok ulang ayat yang sama je setiap waktu. 
Pastuh kadang-kadang surah sama je setiap rakaat.

Tak pon lengah-lengahkan.
"Takpe, lambat lagi nak habis waktu".
Konon-kononnya takut terlepas benda yang kita sedang buat.
"Sat laa, part best ni..."
"Baru azan je tu. Sempat lagi sikit ni..."

Dan Kita tak sedar.
Sebenarnya Allah yang kita sembah semasa solat itulah yang memberikan kejayaan atau kegagalan pada satu-satu perkara yang kita kejarkan sangat tu...

Dunia dan Akhirat tu ibarat rumput dan padi....Tanam padi, rumput kan tumbuh jua..TETAPI tanam rumput takkan mungkin tumbuhnya padi.Begitulah jua dunia dan akhirat, kejar akhirat, dunia pun akan dapat.. Tetapi kejar dunia hanyalah dunia semata-mata..

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

 
nasihat itu PERCUMA kadang2 org x boleh terima sebab ianya percuma
tapi walaupon ianya percuma NILAI nya sangat ber HARGA...

p/s: bile x ajak.. “Sampai hati kau nak masuk syurga,tp tinggal aku?”
p/s: bile ajak.. “Dah tu?Sampai hati aku ajak masuk syurga kau tak nak?” 
p/s: kejar dunia boleh .. tapi jgn sampai terlupa dan terlepas flight nak ke akhirat ..
dunia ni ibarat tempat semaian..dan akhirat adalah tempat tuaian .
p/s: wahai creatures ALLAH "jangan lah sembang kencang pasal terawih 
macam juara lari 400 meter.Tapi , Fardhu joging je." ^___^
p/s: let us embrace the last 10 nights of ramadhan and 
may Allah grant us His mercy and forgiveness.ameen

Mari buru Lailatul Qadr
22 Ramadhan 1434 H. Alhamdulillah
May Allah bless...


Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bg org yg beriman
Firman Allah (surah ad-dzariat:55)

1 comment:

  1. Suka "p/s" awak yg banyak tu, ye memang ada betulnya. Kadang2 buat baik org ckap salah, buat jahat lagilah salah

    ReplyDelete