20130627

AWAN

Kisan awan yang sedih…

awan….
Manusia selalu mendongak ke langit mencari matahari bulan dan bintang….tetapi terlupa akan adanya awan….

awan….
Manusia sering mengagumi keindahan cahaya matahari…sedangkan kalau tidak kerana wujudnya awan
cahaya matahari itu tidak akan memancarkan cahayanya…kalau tidak kerana bantuan awan yang berwarna putih…ia seolah-olah kanvas putih membiaskan berbagai-bagai warna dipermukaan langit…

awan….
Manusia selalu merindui bulan tetapi kadang kadang merasa terganggu dengan kehadiran awan yang menutupi wajah bulan..

awan….
Kadang-kadang panas mentari begitu terik mengigit kulit…kalau tidak kerana awan yang melindungi,sudah lama manusia terbakar rentung

awan….
Manusia sering mananti hujan tetapi manusia terlupa hujan itu terjadi daripada awan…

awan…
Apabila sinar matahari semakin pedih menikam kulit manusia, manusia semakin dahaga , tumbuhan gersang kekeringan, haiwan merintih kehausan, padang yang menghijau bertukar perang, angin sudah tidak mendinginkan lagi malah turut menambahkan keringnya kulit dengan tiupan panas meresahkan…Barulah kepala didongakkan ke langit…awan tetap setia datang menurunkan hujan dengan penuh kasih sayang walaupun tidak pernah dirindui..mereka meraikan dan menari keriangan dalam hujan tanpa sepatah terima kasih kepada awan…

Awan hadir dan pergi tanpa dipandang..ia melindungi dan menyanyangi tanpa disedari…


p/s: motif: Kata kata dari MYPi yg deeper sweet sweet…kesian awan kan..mmg selalu org memuja cantiknya sinar matahari yg terbit dan terbenam….bulan yang bersinar terang dalam pekat malam…bintang yang berkelipan cantik di angkasa..bau hujan yang basah turun ke bumi….awan tidak dipandang…tidak diendahkan…tidak diceritakan kepentingan nya…lagi lagi time jerebu nih awan sudah hilang warna asalnya….dari putih ke kelabu…dari bersih ke kotor…dari selembut kapas menjadi tercemar…..

dear awan I love u mucho….jgn bersedih….bersih,hadir dan melindungi ler kami sentiasa…anda ciptaan TUHAN yang terbaik… ^_^ (semoga jerebu ini semakin berkurangan menjelang Ramadan nanti…setiap musibah itu ade hikmahnye….)



No comments:

Post a Comment