20160812

moga moga


Kawan, jujur aku katakan, yang kematian seorang ibu itu satu tamparan hebat.
Dan berkali ganda jujur mahu aku nyatakan fasa selepas kematian seorang ibu 
itu juga tamparan yang sama tara hebatnya. Fasa yang aku lalui sekarang... 
Dalam tempoh beberapa bulan selepas kematian ibu kau, 
sedikit sebanyak hidup dan kematangan kau akan teruji buat sekian kali. 
Akan ada ketikanya, kau rasakan beban duniawi yang selama ini seakan mudah saja kau lalui, 
tapi kali ini sedikit sukar dan ada saatnya hampir membuatkan kau berputus asa. 
Segala usaha seakan tak menjadi. 
Tak berhasil.
.
.
Terduduk. Hingga kau berfikir akan realiti pertama, 
"Apakah sebelum ini jalan hidup aku seakan mudah hanya dek kerana doa mak?" 
Jika ya, kau mula akan persoalkan doa-doa kau sendiri. 
Kau mula rasakan doa kau itu tak bernilai dan tak dimakbulkan. 
Dan kemudian dari keadaan terduduk, kau mula tertunduk... 
Sebab kau baru sedar akan realiti kedua. 
Jika doa-doa kau tidak tergolong dalam doa yang dimakbulkan, 
bagaimana pula keadaannya bagi doa kau buat arwah ibu 
agar dosanya diampun dan dia ditempatkan di syurga?? 
Kau mula persoalkan kualiti doa sendiri... :'( .
.
Tamparan yang cukup hebat bukan?

Dan cara yang ada untuk perbaiki segalanya, hanyalah dengan kembali pada Dia. .
.
Moga kau dan aku tidak termasuk dalam kalangan anak yang memalukan ibu bapanya dengan deretan doa yang tak diterima. Moga-moga...


















#gojibundy
#riduanadullah

20160611

dead week

sentiasa sangka baik dengan Allah- (alang)
kenapa Allah letak kan kau dekat bidang design ni
kenapa Allah bagi susah bile nak buat model tetibe turn out jadi lain
bille dah siap design tetibe leaking sane sini software
bile dah siap lupe nak save sebab mengantuk sangat
bila sentiasa booking duduk pantri kolej sampai habis waktu sahur
bile tidur kau makin berterabur dengan mata panda yang maha dasat
bile life kau sampai nak cakap pon dah malas
sampai orang rasa kau annoying sebab hibernate lelame
ntah hidup lagi ke tak
bile hidup sebagai student ni kopak semendang sebab kene beli material mahal mahal
bila muncul dead week kau be like
makan tak kenyang kenyang
tidur macam terlebih lebih bile dapat tidur
mandi berpeluh peluh
jantung berdegub 200/min
dan bila bape hari je lagi final week
when you are dead and then
you realize you don't have time to be dead
because you have to study 12 x 3book= 36 cheapter yang 14minngu kau belajar utk 3 subjek bertulis..

Try to be positive.
Mungkin ada something yang kita tak expect Allah bagi
Susah harini untuk kebahagiaan esok. Allah uji susah dulu baru senang.
Apa pun urusan kita, mesti ada campur tgn Dia... KUAT - *Whisper to myself 

































kali ni lain rasa dia. Lain sangat.


























"Ramadhan pertama tanpa arwah ibu" this breaks my heart into tiny million pieces
Semoga Allah memberi rahmat kepada arwah ibu. Semoga arwah ibu di tempat org2 yg beriman. 
Amin YaAllah
1959-2015
110616 -0356 upm
6Ramadhan1437H