20150701

14 Ramadhan

Ada orang,
hati dia bukanlah bahagia mana,
tapi bila dia kongsi kegembiraan dan keceriaan,
moga hatinya juga mampu bahagia.
Ada orang,
bukanlah tahu pun doanya mustajab atau tidak,
bila dia doakan kebaikan kepada orang lain,
dengan harapan doa yang sama jugalah malaikat aminkan pada dirinya.
Hidup ini,
belum tentu apa yang kita mahu,
dapat tercapai dengan hanya terus meminta.
Adakala kita perlu terlebih dahulu memberi,
supaya apa yang dimiliki dan ingini,
tak lokek untuk kita terus berkongsi.
smile emoticon ^____^


20150112

SEMALAM

Bila sudah jadi viral, mesti semua sudah tahu, kan ?

Kasihan pada mereka . Moga terjentik hati — hati mereka
Dan sedar kesalahan yang dilakukan

And i guess, maybe bila dah jadi viral
Mereka pun akan tahu apa yang terjadi adalah satu kesalahan

Bayangkan: sekiranya itu adik beradik sepupu sepapat kita
Kemudian di caci maki di alam maya, apa perasan kita ?

Orang beriman ni, bila cubit paha kanan
Paha kiri pun akan turut rasa sakit
And of kos, kita pun rasa malu dan sedih
Marah? Pastilah!

Kita hidup di fitnah akhir zaman
Kita hanya hidup di zaman umat Islam
Bukannya di zaman Islam

Islam yang sekadar pada nama saja
Bukan pada praktikal hidup hariannya

Lalu, di manakah ‘Islam’ kita?
Adakah hanya pada pakaian semata?
Ataupun hanya pada kalam menghukum saja?

Kata ustaz:

Ahli ibadah belum tentu pengakirannya baik
Ahli maksiat juga belum tentu pengakhirannya buruk

Kata Nabi Muhammad : dalam seni menegur dan dakwah
Hati (doa) itu terakhir selepas tangan dan lisan
Walaupun ianya selemah - lemah iman

Tapi jangan lupa, doa itu juga senjata terhebat orang beriman
Dalam menegur, jadilah insan bukannya Tuhan..