20160812

moga moga


Kawan, jujur aku katakan, yang kematian seorang ibu itu satu tamparan hebat.
Dan berkali ganda jujur mahu aku nyatakan fasa selepas kematian seorang ibu 
itu juga tamparan yang sama tara hebatnya. Fasa yang aku lalui sekarang... 
Dalam tempoh beberapa bulan selepas kematian ibu kau, 
sedikit sebanyak hidup dan kematangan kau akan teruji buat sekian kali. 
Akan ada ketikanya, kau rasakan beban duniawi yang selama ini seakan mudah saja kau lalui, 
tapi kali ini sedikit sukar dan ada saatnya hampir membuatkan kau berputus asa. 
Segala usaha seakan tak menjadi. 
Tak berhasil.
.
.
Terduduk. Hingga kau berfikir akan realiti pertama, 
"Apakah sebelum ini jalan hidup aku seakan mudah hanya dek kerana doa mak?" 
Jika ya, kau mula akan persoalkan doa-doa kau sendiri. 
Kau mula rasakan doa kau itu tak bernilai dan tak dimakbulkan. 
Dan kemudian dari keadaan terduduk, kau mula tertunduk... 
Sebab kau baru sedar akan realiti kedua. 
Jika doa-doa kau tidak tergolong dalam doa yang dimakbulkan, 
bagaimana pula keadaannya bagi doa kau buat arwah ibu 
agar dosanya diampun dan dia ditempatkan di syurga?? 
Kau mula persoalkan kualiti doa sendiri... :'( .
.
Tamparan yang cukup hebat bukan?

Dan cara yang ada untuk perbaiki segalanya, hanyalah dengan kembali pada Dia. .
.
Moga kau dan aku tidak termasuk dalam kalangan anak yang memalukan ibu bapanya dengan deretan doa yang tak diterima. Moga-moga...


















#gojibundy
#riduanadullah