20140411

11.4.14

Hati kita jadi keras?
Sebab? Tak pernah bangun Tahajjud.

Suami isteri selalu bergaduh.
Sebab? Tak pernah bangun Tahajjud.

Rezeki tak pernah cukup.
Sebab? Tak pernah bangun Tahajjud.

Jodoh lambat datang.
Sebab? Tak pernah bangun Tahajjud.

Anak-anak jadi degil.
Sebab? Tak pernah ajak bangun Tahajjud.

Lihat, pentingnya tahajud.
Nabi buat sampai bengkak kaki,
kita pula tidur lena sampai berdengkur.

4shared : 

maaf..cenonet sangat..
sila open image in new tab


panjang sgt kan.. tp amik point yg nak disampaikan..
paling paling ade selit satu dua doa yang boleh dihafal dan dibaca

^_^

20140410

#saje

-I’m too insane to explain and you’re too normal to understand-

kadang-kadang manusia itu gemar sendirian
bukan kerana dia mereput forever alone
tapi memang dia sukakan suasana begitu

bersendirian melayan dunia dia
tanpa mengusik sesiapa...
kan!


p.s: aq tahu, buku adalah benda mati.
Namun meluangkan waktu dengan benda mati yang mampu menghidupkan,
jauh lebih baik daripada meluangkan waktu dengan makhluk hidup yang mematikan...

x_x



10.4.14




ustz kata:
Sujud tu indah.
Kita letak anggota paling tinggi ke tanah.
Kita puji Allah maha tinggi.
Saat tu kita paling dekat dengan Allah..

20140408

8.4.14

Hanyutkan airmata dalam mimpi.
Andai esok kau terjaga,
kau cuma berkata.

Oh, itu cuma mimpi


20140406

6.4.14

ustz ade cakap
kenapa kita mesra dan senang dgn orang tertentu
ade jugak kita tak selesa dan tak mesra sangat

sebab menyenangi
mungkin nama kita sentiasa terzahir dalam doa dia
atau namanya sentiasa dikenang dalam doa kita

kalau dah rasa jauh sgt dgn sahabat
banyakkan doa untuk dia...
mintak dengan Allah agar dieratkan ikatan ukhuwah

indahnya hidup berlandaskan Islam
saling kenang mengenang dalam doa
samada masih hidup atau sudah tiada
kan.. ^_^

20140405

5.4.14

*bila tgk akhowat tu dok retweet abg die punye tweet..aq taw die rindu..

Tidak ada kematian yang lebih mulia selain daripada meninggal pada hari Jumaat
dan mati dalam keadaan bersujud padaMu Ya Allah..
indah bahagian arwah..

Macam mana sayang pun kita dekat dia ,
ALLAH SWT lebih sayangkan dia .
tak ada siapa pun dapat menandingi kasih sayangNYA..

Takziah buat keluarga arwah
kematian mengingatkan kita yang hidup dekat dunia ni cuma sementara.

Semoga mereka yang ditinggalkan dipinjamkan selautan kesabaran...
ikhlaskan lah pemergian arwah walaupun sangat tak mudah..


innalilla hiwainnailaihira'jiun aidilirman
 4-4-14

20140404

4.4.14

kasutmu
tak sama dengan kasutku

kasutmu biru
kasutku pink

pernah dirimu cuba sarung kasutku?

ustaz cakap
mata kita ada dua
satu untuk tengok kebaikan orang
satu untuk lihat kekurangan diri sendiri

tapi ramai yang sibuk lihat aib dan kekurangan orang lain
sebab takde masa nak tengok aib sendiri

mari sarung pelbagai kasut
biar kita lebih empati
sekian.kisah kasut


*cnp*
Indeed, duduk dalam pelbagai kasut yang pelbagai saiz.
Baru tau bezanya kehidupan.kita atas dunia ni mcmana.
Cuba selam dan faham. Bukan serang dan canang.

Indeed.terai pakai kasut orang tak kira saiz,jenis atau warna
tak kenal maka taaaaa taaruf... x_x