20110624

SYAITAN DLM BILIK

nak share sesuatu...bace je lah...

Seorang anak saudara makcik aq punya jiran yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan makcik jiran aq nie gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan makcik jiran aq nie semakin bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! –

Moral of the storey…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA(dalam am erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……. ¦. Itu adalah yang terbaik…


nie siap ade tab mandi skali..huissshh dasyat dasyat

umah aq tandas dalam bilik gak...mcm nie..kononnye tok senang kegunaan la kan...eheheh

20110620

rahsia bantal...nak taw??

Buat tatapan semua member ILHAM ADda (ikut pale sendiri)

Rahsia bantal…

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul… pergi kedai belilah satu!! Apa susah.. Hahahaha

20110610

keberanian MAID

Alkisah seorang lelaki sedang berjalan keluar dari pusat gymnasium. Lelaki tersebut membuat panggilan ke rumahnya....
Lelaki : Hello....
Orang gaji : Hello...
Lelaki : Bibik, boleh panggilkan puan? saya ingin bercakap dengannya sebentar!
Orang gaji : Puan sedang tidur dengan suaminya!
Lelaki : Cis...dalam diam dia kahwin lain rupanya...awak kenal lelaki itu?
Orang gaji : Kenal tuan
Lelaki : Kalau begitu awak pergi ke dapur ambil pisau dan bunuh mereka berdua!
Orang gaji : Baik tuan!
Orang gaji yang lurus bendul itupun mendapatkan pisau di dapur, seketika kemudian terdengar jeritan dari kedua-dua pasangan tadi akibat ditikam oleh orang gaji tersebut.
Orang gaji : Siap tuan..!
Lelaki : Bagus, baru puas hati saya!hahaha..!sekarang buang mayat dan pisau itu di sungai di belakang rumah.
Orang gaji : Err...tuan di belakang rumah mana ada sungai..!
Lelaki : Eh, apa pulak takde sungai, belakang rumah saya ada sungai!41076636 no. telefon rumah ni kan?
Orang gaji : Bukan tuan, nombor rumah ni 41076663.
Lelaki : Ohhh, yeke?kalau macam tu saya salah call la ni. Maafkan saya.
Orang gaji : Errkk.....mampus aku...!

moral of the story...lex lu... tanye kabo..tanye name tanye umo nk ape n so on...hahahah